Menurut kajian oleh syarikat media Amerika, US News & World Report, Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu negara paling dipercayai di Asia.
Kajian ini adalah sebahagian daripada ranking Best Countries U.S. News, di mana kepercayaan sesebuah negara adalah salah satu faktor kualiti yang dipertimbangkan dalam indeks ini.
Secara khususnya, ranking negara paling dipercayai di dunia oleh media ini berdasarkan negara-negara teratas yang dianggap boleh dipercayai oleh responden kaji selidik global.
Secara global, Sweden dinobatkan sebagai negara paling dipercayai di dunia, diikuti oleh negara-negara Scandinavia lain iaitu Denmark dan Finland masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
10 negara paling dipercayai di dunia termasuk Switzerland, Kanada, Norway, Belgium, Belanda, New Zealand, dan Australia.
Sementara itu, di Asia, Jepun diiktiraf sebagai negara paling dipercayai, diikuti oleh Singapura dan Korea Selatan, manakala Malaysia berada di tangga ke-6 di Asia.
Berikut adalah 10 negara paling dipercayai di Asia mengikut kajian tersebut:
- Jepun (17 secara global)
- Singapura (21 secara global)
- Korea Selatan (23 secara global)
- Thailand (38 secara global)
- Vietnam (46 secara global)
- Malaysia (48 secara global)
- Indonesia (51 secara global)
- Sri Lanka (54 secara global)
- India (59 secara global)
- Rusia (61 secara global)
Bagi Malaysia, kajian keseluruhan U.S. News & World Report juga meletakkan negara kita sebagai negara kelapan terbaik di Asia dan ke-38 terbaik di dunia dengan skor keseluruhan 31.5.
Senarai ini diambil berdasarkan bagaimana pandangan global mengenai setiap negara dari segi beberapa ciri – kesan potensi perdagangan, pelancongan dan pelaburan, dan ekonomi negara.
Selain itu, hanya 87 negara dianalisis dalam kajian ini, di mana negara yang mengambil bahagian mesti mematuhi 4 kriteria penanda aras ini:
- 100 negara teratas dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam mana-mana tahun dari 2017 hingga 2021, berdasarkan data Bank Dunia.
- 100 negara teratas dari segi aliran masuk pelaburan langsung asing dalam mana-mana tahun dari 2017 hingga 2021, berdasarkan data Bank Dunia.
- 100 negara teratas dari segi pelancongan antarabangsa atau ketibaan pelancongan dalam mana-mana tahun dari 2017 hingga 2021, berdasarkan data Bank Dunia.
- 150 negara teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB dalam mana-mana tahun dari 2017 hingga 2021.
Selain itu, sejumlah 17,195 individu dari 36 negara yang merangkumi seluruh dunia telah dikaji.
Melalui pecahan responden, 8,267 adalah golongan elit yang berpengetahuan, 4,622 adalah pembuat dasar perniagaan dan 7,402 adalah masyarakat umum.
Perlu diambil perhatian bahawa U.S. News & World Report menganggap Rusia sebagai sebahagian daripada Asia dan mengecualikan Timur Tengah dari ranking Asia.