Malaysia berada di tangga ke-42 dunia dalam senarai tentera terkuat di dunia, lapor Seasia Stats melalui senarai Global Firepower.
Senarai yang dikeluarkan itu melihat Malaysia berada di senarai terakhir ke-7 atau terakhir bagi negara ASEAN yang mempunyai kekuatan tentera di belakang Myanmar, Filipina dan Singapura.
Baca Juga:
- Siap Tabik Dan ‘Thumbs Up’, Netizen Puji Juruiring Polis Tentera Berhemah Dengan Pengguna Jalan Raya
- Pegawai Tentera Udara Amerika Bakar Diri Di Depan Kedutaan Israel
Manakala Indonesia, Vietnam dan Thailand pula melengkapkan senarai teratas bagi tentera terkuat di dunia di ASEAN.
Bagi peringkat global pula, Amerika Syarikat unggul di tangga pertama diikuti dengan Rusia dan China.
Manakala India dan Korea Selatan melengkap 5 senarai negara dengan kekuatan tentera terbaik di dunia.
Global Firepower dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa lebih 60 faktor yang menjadi keutamaan sesebuah skor itu digunakan antaranya adalah kuantiti unit tentera, kedudukan kewangan, keupayaan logistik dan geografi.