Siapa sangka, negara tetangga kita kini melangkah jauh dalam arena tenaga hijau dunia.
Langkah berani Indonesia melaksanakan program biodiesel berasaskan minyak sawit, atau lebih dikenali sebagai B35 dan B40, telah membuka mata banyak pihak antarabangsa.
Mereka menjadi negara pertama di dunia yang berani mengguna pakai campuran bahan api bio pada skala sebesar ini secara wajib.
Pakar Luar Mulai Terpukau

Kejayaan ini bukan sahaja mendapat pujian, malah mula menarik perhatian negara maju. Wakil dari Jepun, Kesatuan Eropah, sehinggalah Malaysia sendiri dikabarkan mula menghantar pasukan pakar untuk mempelajari formula serta pelaksanaan sistem tenaga boleh baharu ini.
Bagi kebanyakan negara luar, mencampurkan minyak tumbuhan ke dalam bahan api fosil pada peratusan tinggi bukanlah perkara mudah kerana risikonya besar terhadap enjin.
Namun, Indonesia membuktikan sebaliknya menerusi ujian makmal dan pemanduan jarak jauh yang ketat sebelum pelaksanaan rasmi.
Kebenaran Di Sebalik Kejayaan
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia menegaskan bahawa kejayaan ini adalah hasil keberanian politik dan komitmen penyelidikan tempatan yang tidak pernah berhenti.
“Kita tidak lagi hanya menjual bahan mentah ke luar negara. Kita buktikan bahawa teknologi anak tempatan mampu menguruskan tenaga bersih sendiri dengan selamat,” kata beliau dalam satu kenyataan rasmi.
Semasa satu sesi perbincangan bersama delegasi antarabangsa, seorang wakil pakar dari luar negara sempat bertanya dengan penuh rasa kagum, “Bagaimana pihak anda memastikan enjin kenderaan awam tidak rosak apabila menggunakan campuran sawit setinggi ini secara harian?”
Pegawai kementerian Indonesia hanya tersenyum lalu menjawab ringkas, “Kuncinya ada pada piawaian penulenan dan ujian jalan raya sejauh ratusan ribu kilometer. Kami sudah melepasi fasa keraguan itu bertahun-tahun lepas.”
Realiti B100 Di Malaysia Berbanding B50 Di Indonesia
Menerusi laporan tersebut, nama Malaysia turut dipetik sebagai antara negara yang mahu belajar dari kejayaan mereka. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang berkerut dahi dan bertanya, eh, bukan ke Malaysia dah lama ada teknologi B100?
Kenapa kita pula yang nak kena tuntut ilmu dari mereka?
Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia sebenarnya sudah selangkah ke hadapan dalam inovasi B100, iaitu penggunaan 100 peratus biodiesel sawit tulen. Namun, perbezaan utamanya terletak pada skala pelaksanaan.
Di Malaysia, penggunaan B100 masih berada di fasa projek rintis untuk kegunaan dalaman syarikat besar seperti Felda, FGV, dan armada logistik Scania-Shell.
Untuk rakyat marhaen di stesen minyak biasa, kita masih terikat dengan B10 dan B20. Indonesia pula sudah berani mewajibkan B35 dan B40 kepada seluruh rakyat di pam awam dan kini bersedia menolak ke fasa B50. Kita ada teknologinya, tetapi mereka menang dari segi keberanian pelaksanaan skala nasional.