Malaysia menoktahkan rentak cemerlang dalam acara Quadrant dengan muncul juara Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 selepas berjaya menundukkan Jepun 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.
Mendapat sorakan padu ribuan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Norfaizzul Abd Razak cukup bersemangat untuk menundukkan Jepun.
Baca Juga:
- Skuad Quadrant Malaysia Mara Ke Final Sepaktakraw Piala Asia 2025
- Info Siaran Langsung Final Quadrant, Double Sepaktakraw Piala Asia 2025
- Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
Ia jelas dibuktikan apabila Wataru Narawa, Toshitaka Naito, Yuki Sato dan Ryota Haruhara berada dalam cukup tertekan terutamanya pada peringkat awal permainan hingga membolehkan kem negara mendahului selesa 5-0.
Kelebihan itu digunakan sepenuhnya barisan pemain negara untuk terus berada dihadapan dan kemudiannya memenangi set pertama dengan 15-8.
Momentum cemerlang itu diteruskan pada set kedua walaupun Jepun tampil lebih garang tetapi masih belum cukup untuk menghalang skuad negara daripada muncul juara dengan kemenangan 15-11.
Malaysia berpeluang untuk meraih juara berganda apabila akan bertemu Thailand dalam aksi final acar Double, sebentar lagi.