Malaysia berjaya naik satu anak tangga dalam ranking AFC Club Competition Zon Timur selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil dengan cemerlang dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite baru-baru ini.
Menurut perkongsian Footy Rankings, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima dengan memintas salah satu kuasa besar di Asia iaitu Australia.
Baca Juga:
- Mara Ke Pusingan 16 ACL Elite 2024/25, Ini Jumlah Keseluruhan Wang Diterima JDT
- AFC Akan Perhalusi Laporan Pohang Steelers
- ACL Elite: Rehat Pemain Terganggu Punca Pohang Tewas
#AFCRankings update for the East region! 🇲🇾 Malaysia climbs 1 spot, securing their ACLE slots. 🇹🇠Thailand still has a slim chance to overtake China. The battle for the 10th spot, which rewards 1+1 ACL Two slots, remains wide open! 🔥⚽ #ACLElite #ACLTwo #ChallengeLeague pic.twitter.com/TH7ycRQhU1
— Footy Rankings (@FootyRankings) February 20, 2025
Malaysia Lock Satu Slot ACL Elite
Kemenangan 5-2 yang dicatat oleh JDT ke atas kelab Liga Korea, Pohang Steelers nyata memberi lonjakan besar bagi Malaysia yang mana sekiranya kekal berada di tangga kelima, maka satu wakil dari saingan Liga Super akan beraksi di pentas ACL Elite musim hadapan.

Satu lagi negara Asia Tenggara iaitu Thailand menduduki tangga keempat dimana mereka masih berpeluang untuk memintas China yang berada di tangga ketiga sekaligus mendapat 2+1 slot dalam saingan ACL Elite musim hadapan.
Dua kuasa besar iaitu Jepun dan Korea Selatan dilihat sukar digugat dimana mereka hampir untuk menduduki tangga pertama dan kedua dalam carta ranking.
Bagi Zon Barat pula, Arab Saudi berada di tangga pertama dan mereka dilihat sukar digugat oleh negara yang berada di tangga kedua hingga keempat.

After this week's #ACLElite & #ACLTwo action in the West, we can project possible country rankings for this season.
The top 3 race is still on between 🇦🇪 UAE, 🇮🇷 Iran & 🇶🇦 Qatar, while 🇰🇼 Kuwait still has a shot at an #ACL2 playoff spot. Slots for other countries are finalized. pic.twitter.com/viCQM5hjXN
— Footy Rankings (@FootyRankings) February 20, 2025
Tiga negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Qatar bersaing hebat bagi mengisi tempat kedua dan ketiga yang menjanjikan 2+1 slot dalam saingan ACL Elite musim hadapan.
Selepas perlawanan peringkat kumpulan ACL Elite musim ini selesai, berikut adalah senarai pasukan yang layak ke peringkat kalah mati bagi Zon Barat dan Timur.
Zon BaratÂ
1) Al Hilal (Arab Saudi)
2) Al Ahli (Arab Saudi)
4) Al Sadd (Qatar)
5) Al Wasl (Emiriah Arab Bersatu)
6) Esteghlal (Iran)
7) Al Rayyan (Qatar)
8) Pakhtakor (Uzbekistan)
Zon Timur
1) Yokohama F. Marinos (Jepun)
2) Kawasaki Frontale (Jepun)
3) JDT (Malaysia)
4) Gwangju FC (Korea Selatan)
5) Vissel Kobe (Jepun)
6) Buriram United (Thailand)
7) Shanghai Shenhua (China)
8) Shanghai Port (China)
adual Perlawanan Pusingan 16 ACL Elite 2024/25
Perlawanan PertamaÂ
1) Esteghlal lawan Al Nassr – 3 Mac (Isnin)
2) Al Wasl lawan Al Sadd – 3 Mac (Isnin)
3) Pakhtakor lawan Al Hilal – 4 Mac (Selasa)
4) Al Rayyan lawan Al Ahli – 4 Mac (Selasa)
5) Shanghai Port lawan Yokohama F. Marinos – 4 Mac (Selasa)
6) Buriram United lawan JDT – 4 Mac (Selasa)
7) Shanghai Shenhua lawan Kawasaki Frontale – 5 Mac (Rabu)
8) Vissel Kobe lawan Gwangju FC – 5 Mac (Rabu)
Perlawanan KeduaÂ
1) Al Nassr lawan Esteghlal – 10 Mac (Isnin)
2) Al Sadd lawan Al Wasl – 10 Mac (Isnin)
3) Al Hilal lawan Pakhtakor – 11 Mac (Selasa)
4) Al Ahli lawan Al Rayyan – 11 Mac (Selasa)
5) Yokohama F. Marinos lawan Shanghai Port – 11 Mac (Selasa)
6) JDT lawan Buriram United – 11 Mac (Selasa)
7) Kawasaki Frontale lawan Shanghai Shenhua – 12 Mac (Rabu)
8) Gwangju FC lawan Vissel Kobe – 12 Mac (Rabu)