Malaysia dilapor menjadi salah satu negara yang berminat untuk membeli peluru berpandu dari India.

Peluru berpandu pelayaran supersonik BrahMos telah menarik minat beberapa negara berikutan penggunaannya yang dalam Operasi Sindoor.

Baca Juga:

Operasi Sindoor dijalankan selepas serangan pengganas yang mengorbankan 26 pelancong, dilaporkan menyebabkan kerosakan besar ke atas kem pengganas di Pakistan dan Kashmir.

Malaysia Berminat Dengan Peluru Berpandu India

Kini Warga Singapura Semakin Mudah Jadikan Malaysia 'Rumah Kedua', Macam Mana Caranya?
Sumber Gambar: Luiz Cent via Unsplash

Peluru berpandu yang terkenal dengan kepelbagaian dan ketepatannya, telah menarik minat beberapa negara termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Menurut laporan, Malaysia menjadi salah satu negara Asia Tenggara yang berminat dengan peluru berpandu tersebut.

“Tentera Udara Diraja Malaysia telah menyatakan minat untuk varian peluru berpandu BrahMos yang dilancarkan udara untuk integrasi dengan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM.

“Ini mencerminkan hasrat mereka untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan udaranya.”

Malaysia

Selain selain negara kita, beberapa negara lain seperti Thailand, Singapura, Brunei, Mesir, Arab Saudi, UAE, Qatar, Oman, Brazil dan Chile.

Negara-negara ini sedang meneroka pemerolehan BrahMos untuk meningkatkan senjata pertahanan mereka, terutamanya dalam domain pertahanan pantai dan laut.