Mencuci pinggan adalah satu pekerjaan yang dilihat mudah, tetapi sebenarnya mencabar kerana anda ditugaskan untuk memastikan bahawa tahap kebersihan sesuatu premis itu mencapai standard yang telah ditetapkan.

Melalui laporan media Indonesia, Kumparan, difahamkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-4 dengan gaji pencuci pinggan paling tinggi didunia dengan RM34,750 setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambah laporan tersebut, sebuah restoran China yang bertapak di Malaysia telah menawarkan gaji sebanyak RM3,000 sebulan kepada mereka yang sudi untuk bekerja sebagai pencuci pinggan.

Di dalam senarai tersebut, Kanada berada di tangga pertama dengan gaji pencuci pinggan yang ditawarkan sebanyak RM109 sejam.

Dengan bayaran sebesar itu, pekerja pencuci pinggan boleh mengumpul sehingga lebih daripada 50,000 dolar AS atau sekitar RM218,000 setahun.

Di tangga kedua pula milik Singapura dengan gaji pencuci pinggan SG$3,500 atau sekitar RM11,000 sebulan. Ini bermakna purata pendapatan yang diterima setahun mencecah RM132,000 setahun.

Difahamkan bahawa Singapura menaikkan gaji pencuci pinggan setelah tiada orang yang berminat untuk melakukan kerja tersebut walaupun mereka mendapat gaji tambahan.

Di tangga ke-3 pula adalah Amerika Syarikat di mana purata gaji pencuci pinggan di sana adalah sebanyak USD$25,409 atau RM107,000 setahun.

Walaupun pekerjaan ini dilihat antara terendah di AS, namun dengan nilai dolar yang tinggi ini bermakna seorang pekerja pencuci pinggan di sana lebih tinggi berbanding negara yang lain.