Pekerja asing dari Indonesia memberi mesej jelas kepada presiden negara itu iaitu Prabowo mengenai situasi mereka di Malaysia.
Prabowo meminta kepada kabinetnya agar jumlah pekerja asing Indonesia yang dihantar bekerja di luar negara di sektor domestik dikurangkan.
Baca Juga:
- ‘Indonesia Perlu Contohi’ – 5 Perkara Ini Buat Pendaki Indo Kagum Dengan Pengurusan Gunung Malaysia

- Buriram United Tandatangani Bintang Indonesia Ganti Dion Cools

- Dicadang Ambil Jururawat Dari Indonesia Kerja Di Malaysia, Ini Respon Menteri Kesihatan

Akan tetapi, perkara ini mendapat tanggapan yang berbeza dari pekerja asing Indonesia yang berada di negara ini.

Sudah Selesa Di Malaysia, Enggan Kembali
Menerusi hantaran di laman media sosial, ramai pekerja asing dari negara jiran berkata mereka sudah selesa berada di negara ini dan enggan kembali ke negara asal.
Faktor utama mereka tidak mahu kembali adalah kerana kesukaran mencari kerja, ekonomi yang tidak menentu serta kerajaan yang tidak stabil.

Berbeza dengan negara ini, banyak peluang yang tersedia selain ekonomi yang jauh lebih baik berbanding Indonesia.
Dalam masa yang sama, Prabowo turut menggesa agar kakitangannya menyediakan konsep pendidikan vokasional bagi menyediakan tenaga mahir untuk dihantar sebagai pekerja di luar negara.