Negara yang aman damai, makmur, sejahtera, alam semula jadi yang indah dan masyarakat berbilang kaum menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pelancong datang ke negara ini.
Menurut data yang dikeluarkan oleh World of Statistics di laman X, Malaysia menjadi salah satu destinasi terbaik untuk pelanong bagi tahun 2025 memetik dari salah satu majalah ternama dunia iaitu Wanderlust.
Baca Juga:
- Lebih 15,000 Rakyat Malaysia Muflis Kerana Pinjaman Peribadi
- Malaysia Catat Rekod Perdagangan Luar Biasa Capai RM2.88 Trilion Tahun Lalu
- Ini 50 Bandar Terbaik Dunia Pada Tahun 2025, Adakah Malaysia Tersenarai?
Top places to travel in 2025, according to Wanderlust Magazine.
🇦🇪 Abu Dhabi, UAE
🇨🇦 Alberta, Canada
🇦🇿 Azerbaijan
🇧🇲 Bermuda
🇨🇴 Colombia
🇨🇷 Corcovado National Park, Costa Rica
🇭🇷 Dubrovnik, Croatia
🇸🇻 El Salvador
🇺🇸 Florida, Tennessee, and North Carolina
🇩🇪 Germany
🇯🇵 Japan
🇲🇾…— World of Statistics (@stats_feed) January 21, 2025
Malaysia berada sebaris dengan beberapa negara ternama seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kanada, Jerman, Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Austria dan negara jiran iaitu Singapura.
Selain tersenarai sebagai destinasi terbaik, negara ini turut dijadikan sebagai salah satu destinasi yang mesra poket untuk pelancong dari luar yang mahu melawat.
Dalam senarai tersebut, empat negara Asia Tenggara yang lain turut menjadi negara yang mampu milik dimana Thailand menduduki nombor satu diikuti Vietnam di tangga kedua.
India menduduki tangga ketiga diikuti dengan Filipina di tangga keempat dan Malaysia di tangga kelima. Indonesia menduduki tangga keenam diikuti Mexico, China, Turkiye dan Bangladesh.
Selain diakui oleh masyarakat luar, rakyat Malaysia sendiri yang pernah melancong ke luar turut berpendapat negara kita jauh lebih baik berbanding negara lain dari beberapa segi.
Di laman media sosial X, ramai netizen yang berkongsi pengalaman ketika melancong ke luar negara yang membuatkan mereka bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia atas beberapa sebab.
Salah seorang netizen berkongsi pengalaman yang mana beliau perlu membayar sekitar 3 Euro atau sekitar RM15 hanya untuk pam tayar kereta ketika berada di Jerman.
“Di Jerman, pam angin tayar kena bayar. 2 Euro (~10myr) utk 2 minit. Sebab kali pertama dan sibuk alihkan bahasa mengenai arahan di mesin. 1 minit bazir macam tu je. Kene tambah 1 Euro (~5myr) untuk habiskan. Total RM15 utk pam 4 tayar kereta,” tulis Dalia Ridzuan.
Seorang lagi netizen berkongsi waktu solat yang tidak berubah sepanjang tahun, keadaan geografi, kemudahan yang bersih, makanan yang pelbagai dan perkembangan teknologi yang pesat merupakan perkara paling utama beliau bersyukur dilahirkan di negara ini ketika melancong ke luar.
“Waktu solat tak beza banyak sepanjang tahun. Tak macam negara 4 musim. Keadaan muka bumi yang selamat. Tiada gempa bumi dan gunung berapi. Cashless payment. Mudah gerai tepi jalan pun dah ada. Dari segi makanan sepertu makanan barat, Italian, Japanese dan pelbagai lagi ada dan hampir sama dengan negara asal kalau pandai cari,” tulis Dorsy.