Malaysia sememangnya terkenal sebagai satu negara dengan masyarakat yang berbilang kaum, mempunyai keindahan alam yang menarik sekaligus menjadi pilihan utama bagi pelancong dari luar negara.
Dalam satu statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang mampu milik khususnya bagi pengunjung luar yang mahu menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan.
Baca Juga:
- Rakyat Malaysia Di Singapura Terima Rasuah RM95 Dihukum Penjara
- Kawalan Sempadan Ketat, Jumlah Pasangan Malaysia Nikah Di Selatan Thailand Turun Mendadak
- ‘Prince’ Rohingya Pindah Ke Amerika, Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia
These are the most affordable countries:
1. Thailand 🇹ðŸ‡
2. Vietnam 🇻🇳
3. India 🇮🇳
4. Philippines 🇵ðŸ‡
5. Malaysia 🇲🇾
6. Indonesia 🇮🇩
7. Mexico 🇲🇽
8. China 🇨🇳
9. Turkey 🇹🇷
10. Bangladesh 🇧🇩
~
11. Brazil 🇧🇷
12. Morocco 🇲🇦
13. Cambodia 🇰ðŸ‡
15. Peru 🇵🇪
16. Romania 🇷🇴
17.…— World of Statistics (@stats_feed) January 16, 2025
Dalam senarai tersebut, empat negara Asia Tenggara yang lain turut menjadi negara yang mampu milik dimana Thailand menduduki nombor satu diikuti Vietnam di tangga kedua.
India menduduki tangga ketiga diikuti dengan Filipina di tangga keempat dan Malaysia di tangga kelima. Indonesia menduduki tangga keenam diikuti Mexico, China, Turkiye dan Bangladesh.
Keterjangkauan di sesebuah negara bukan semata-mata mengenai kos sara hidup yang rendah tetapi juga faktor seperti keselamatan, kualiti hidup dan peluang pekerjaan.
Negara di atas bukan sahaja menawarkan kos sara hidup yang mampu milik disebabkan oleh kadar pertukaran, tetapi mereka juga menyediakan pelbagai pengalaman budaya dan semula jadi, menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi.
Sebelum ini, seorang warga emas dari Amerika Syarikat (AS) berkongsi kisahnya bagaimana beliau menemui kehidupan baru selepas memilih untuk bersara di Malaysia.
Andrew Taylor, seorang lelaki berusia 70 tahun dari AS, membuat keputusan untuk bersara dan berpindah ke negara ini pada usia 60 tahun.
Dalam wawancara dengan Business Insider, Taylor berkata bahawa sebelum ini beliau bekerja dalam bidang pentadbiran di Washington, DC selama 40 tahun.
Melalui bekas pasangannya yang tinggal di Pulau Pinang, Taylor diperkenalkan kepada program Malaysia My Second Home (MM2H).
Program yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2002 ini bertujuan menarik warga asing untuk bersara di Malaysia.
Taylor memohon visa MM2H pada penghujung 2014 dan berpindah ke Pulau Pinang pada 2015 selepas diluluskan.
Pada waktu itu, syarat untuk visa MM2H lebih longgar berbanding hari ini.
Selepas tujuh tahun menetap di Pulau Pinang, Taylor berpindah ke Kuala Lumpur tiga tahun lalu.
Beliau kini menyewa sebuah kondominium dua bilik tidur di tingkat 22, kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar, dengan kos sewa RM2,800 sebulan.
Kondominiumnya terletak dalam pembangunan lima blok yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium.
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 (USD2,500) setiap bulan untuk keperluan hidup, jauh lebih rendah berbanding kos di AS.
Beliau juga memiliki insurans kesihatan asas yang berharga RM340 sebulan, yang meliputi kos hospitalisasi.