Juara Maharaja Lawak Mega 2019, Man Raja Lawak berkongsi kesedihannya apabila kereta baharu, Ford Mustang rosak selepas baru pakai sekali.
Menerusi hantaran Instagram @manrajalawak, dia berasa sangat gembira apabila mempunyai rezeki untuk memiliki muscle car buatan US tersebut.
Baca Juga:
- Man Raja Lawak Nekad Tak Akan Terima Pelawaan Sepahtu Reunion Lagi
- ‘Artis Itu Kerjaya, Hidup Kena Sederhana’ – Man Raja Lawak
- Man Raja Lawak Derma RM50,000, Jual Kereta Dan Motosikal Demi Bantu Rakyat Malaysia
Dia juga sempat membawa ahli keluarganya menaiki kereta tersebut untuk berjalan ke Melaka.
Bagaiamanapun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila kereta baru diambilnya itu rosak.
Menurutnya, kerosakan enjin itu adalah berpunca daripada orang lain.
“Sekarang abang kena tunggu dua bulan baru merasa balik nak bawa. Sabar sajalah. Redha dan doakan abang KUAT dan TABAH untuk jalan terus Man,” petik hantaran Instagram itu.
Ada netizen yang menegur tindakan Man Raja Lawak membeli kereta tersebut sebagai ‘membazir’. Bimbang ia menjadi bebanan pada satu hari nanti.
Menurutnya, dia sudah ada simpanan kecemasan. Dia membeli Mustang itu kerana ingin merasa sendiri pengalaman memiliki dan membawa kereta tersebut.
Tambahnya, akaun tabungan Amanah Simpanan Berhad (ASB) 1 dan 2 sudah penuh diisi.
Ini rezeki Man Raja Lawak yang sudah lama bekerja keras

Dalam ramai-ramai yang turut meluahkan rasa simpati serta kata-kata semangat, netizen turut mengucapkan tahniah kepada pelawak itu kerana berjaya memiliki kereta idaman selepas bekerja keras.
“Abang Man terus maju ke depan. Dulu abang jual segala harta benda demi kebaikan untuk ke jalan Allah. Sekarang Allah ganti dekat abang yang lebih baik,” kata seorang netizen.
Terdahulu Man Raja Lawak pernah menyumbangkan RM50,000 kepada mereka yang terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
Wang tunai itu menurut Man adalah merupakan hasil daripada hadiah kemenangan beliau dalam pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega sebelum ini.
Bantuan itu akan dinilai terlebih dahulu oleh pihaknya dan akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja.

Oleh kerana permohonan yang terlalu tinggi, pelawak itu turut berkorban menjual motosikal dan kereta miliknya bagi menambah jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan itu.
Pada ketika itu warganet memuji tindakannya yang sudi menjual barangan peribadi bagi membantu pihak-pihak yang terjejas.