Manchester United masih berusaha mencari kelab yang mahu membeli Antony. Dan kini kelab itu sedia mengubah polisi perpindahan pada Januari ini.

Di mana mereka sedia untuk menerima perpindahan secara pinjaman untuk pemain itu.

United sebelum ini mengumumkan bahawa mereka sedia menjual Antony dengan diskaun 50% daripada harga asal pemain itu sekitar €102 juta secara keseluruhan termasuk bonus.

Namun United tidak terburu buru untuk menjual pemain itu pada Januari jika tiada tawaran memuaskan.

Salah satu cara terbaik adalah meminjamkan dahulu bintang mereka itu ke kelab lain.

Dengan perubahan polisi yang baharu ini, beberapa kelab EPL sudah mulai menunjukkan minat mahu meminjam Antony pada Januari ini.

Namun halangan utama adalah gaji pemain itu yang agak tinggi. Man United juga sedia untuk membayar sebahagian daripada gajinya itu sepanjang tempoh pinjaman.

Pada pra musim lalu, Antony menolak untuk dipinjamkan ke kelab di Liga Sepanyol. Dengan alasan dia mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Namun setelah beberapa bulan musim bermula, dia masih tersisih. Pemain itu mungkin harus mempertimbangkan untuk pergi secara pinjaman.

United bagaimanapun masih tidak menyatakan tentang syarat wajib beli jika kelab meminjam pemain tersebut. Bermakna mereka masih mahu memberikan peluang kepada Antony.

Tetapi ejen pemain itu menyatakan bahawa pemain itu tetap berkeras enggan pergi secara pinjaman. Kerana fokus Antony cuma Man United.