Berbaki sebulan sahaja lagi untu kita bertemu bulan suci Ramadhan, bagaimanapun orang ramai sudah mula mencari tema baju raya pada tahun ini untuk tampil unik pada pagi hari raya nanti.

Seorang pengguna di TikTok telah memuat naik senarai imej memperlihatkan baju raya dengan elemen unik dimana menggabungkan karakter adiwira dari Jepun iaitu Ultraman.

Di dalam gambar tersebut, kelihatan sosok pemuda yang menggayakan baju raya tersebut dengan beberapa padanan warna yang boleh dipilih oleh orang ramai.

Menariknya, pada baju ini didatangkan bersama dengan “Color Time” (カラータイマー, Karā Taimā) iaitu butang ikonik yang terletak di dada serta corak garisan dan bentuk armor seperti suit sebenar adiwira terkenal itu.

baju raya ultraman
Sumber Gambar: TikTok

Kelihatan sejumlah warna yang ditawarkan menerusinya seperti oren, kelabu, unggu, hitam dan sebagainya yang mana cukup menambat hati para peminat adiwira yang menjangkau pelbagai lapisan umur.

Koleksi gambar baju raya 2025 bertemakan ultraman itu sememangnya menjadi sensasi apabila berjaya meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan, 55,000 tanda suka dan sejumlah komentar yang ditinggalkan oleh netizen.

Seperti yang dijangkakan, ramai yang bertanya di manakah beg kuning kerana berminat untuk membeli baju raya tersebut. Tetapi sayang sekali, ia sebenarnya hanyalah gambar janaan AI dengan visual yang realistik semata-mata.

“Nak beli, tolong buat sekarang bang,” kata seorang netizen.

“Mana beg kuning bang, nak nombor 4 tu?” soal seorang lagi.

“Cakap sini habis sini. tertarik !. buka order cepat,” gesa seorang netizen.

Bagaimanapun, netizen masih berharap agar koleksi baju raya adiwira itu akan direalisasikan oleh pereka baju tempatan kerana kelihatan benar-benar stylo apatah lagi menggamitkan memori buat para peminatnya.

Agak-agaknya bagaimana pula rupa baju raya wanita dengan tema ultraman?