Setiap tahun pasti ada warna baju raya yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sempena musim Hari Raya Aidilfitri Untuk tahun ini, warna Brick Orange didakwa menjadi pilihan ramai.

Netizen menjangka pasti pada 1 Syawal ramai akan ‘boria’ memakai baju raya warna sama.

Baca Juga:

Bagaimanapun apabila menjengah hantaran-hantaran di laman media sosial X.com, netizen mendakwa mereka tidak nampak orang ramai memakai baju raya berwarna itu seperti dijangkakan.

Ada netizen menjangkakan oleh sebab ramai yang membeli warna itu dan tidak mahu nampak ‘boria’ pada hari raya pertama, jadi ramai orang mengelak menggunakan warna tersebut.

Pada masa sama warganet menyatakan cubaan founder baju raya menjadikan warna Brick Orange hype untuk Hari Raya tahun ini tidak menjadi.

Sebaliknya beberapa warna lain pula menjadi pilihan ramai untuk memakainya untuk 1 Syawal pada tahun ini.

Antara warna-warna menjadi pilihan ramai seperti seperti Maroon, Nude, Emerald Green, Lilac dan Navy Blue.

Terdahulu, oleh kerana warna Brick Orange menjadi pilihan ramai, ada vendor jenama baju raya menaikkan harga baju raya warna itu daripada RM189 menjadi RM350.

Sumber