Pada ketika ini jenama-jenama baju raya terkemuka tempatan sibuk melayan pelanggan untuk mendapatkan produk mereka.

Dalam masa sama, orang ramai mengakui baju raya pada tahun ini agak mahal sehinggakan ada yang sanggup terbang ke Indonesia untuk mendapatkan dengan sedikit murah harganya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @abdulazimbinabdulilah terkejut apabila mendapati ada baju raya dijual semurah RM5.

Menurutnya, baju murah itu ditemui di pasaraya Mydin Meru Ipoh. Bagaimanapun harga tersebut tidak termasuk seluar raya.

@abdulazimbinabdulilah

Alhamdulilah geng2 bapak2 awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah,awal ramadhan,raya pulak #ramadhan2024 #raya2024 #mydin #rakyat #ayah #fyp

♬ bunyi asal – 𝓕𝓑𝓖༺🅜🅐🅦🅐🅡༻ – ༺🅜🅐🅦🅐🅡༻🌹

Perkongsian video itu mendapat perbezaan pandangan warganet. Ada yang mengucapkan terima kasih kepada Mydin kerana menjual baju raya mampu milik.

Netizen turut mencadangkan bagi yang lebih berkemampuan, bolehlah ‘borong’ baju-baju tersebut untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim atau pusat tahfiz.

Tambah netizen lagi, selain boleh dijadikan baju raya, baju itu juga boleh digunakan tukar-tukar untuk buat pergi solat di surau atau masjid.

Sumber Gambar: TikTok @abdulazimbinabdulilah
Sumber Gambar: TikTok @abdulazimbinabdulilah
Sumber Gambar: TikTok @abdulazimbinabdulilah

Walaupun ada yang ragu-ragu dengan kualiti disebabkan harga yang murah, ada netizen menjelaskan beliau pernah membelinya dan masih tahan lama.

Dalam pada itu, TikTok @abdulazimbinabdulilah menjelaskan video dibuat itu bukanlah ‘paid review‘, sebaliknya beliau mahu berkongsi kepada orang ramai.

Ramai menanyakan pada beliau sama ada baju tersebut dijual di semua Mydin.

Namun @abdulazimbinabdulilah menjelaskan beliau kurang pasti. Beliau hanya tahu mengenai baju murah itu kerana ada kerja di Mydin Meru Ipoh itu.