Kebanyakkan orang memilih datang ke butik untuk memilih baju raya. Ini dapat memudahkan orang ramai melihat kualiti baju dan saiz lebih baik lagi berbanding jika beli secara dalam talian.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki terkejut apabila melihat sebuah butik baju raya umpama dibadai ombak apabila baju raya bersepah-sepah sampai ke lantai.

Baca Juga:

Menerusi hantaran video TikTok @nfakkkkk, kejadian itu dipercayai disebabkan oleh segelintir pengunjung yang tidak sabar dan gopoh semasa memilih baju raya.

@nfakkkkk

#fypシ゚ #foryou #xyzbca #raya2024

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Ramai berasa kasihan terhadap pekerja-pekerja butik itu kerana terpaksa mengemas dan menyusun semula pakaian yang dibuka oleh pelanggan.

Lebih memburukkan keadaan, ada kotak-kotak untuk menyimpan baju raya tidak boleh digunakan kerana sudah koyak teruk.

Menurut warganet, suasana seperti itu di butik tersebut sudah menjadi satu kebiasaan setiap kali tiba musim perayaan.

Sumber Gambar: TikTok @nfakkkkk
Sumber Gambar: TikTok @nfakkkkk

Sementara itu, warganet menegaskan perkara itu terjadi disebabkan mentaliti ‘pasar’ yang dibawa pelanggan masuk ke dalam butik.

Sehubungan itu, orang ramai meminta agar pihak butik dapat menghadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi pada masa hadapan.

Pada masa sama netizen meminta pengunjung yang bakal datang ke butik tersebut untuk tidak sesuka hati membuka kotak untuk mencuba pakaian.

Sebaliknya, dapatkan bantuan para pekerja terlebih dahulu kerana mereka lebih tahu apa yang disusun dalam kedai tersebut.