Pada tahun ini, kita menyaksikan sejumlah jenama baju melayu tempatan berlumba-lumba mengadakan pelbagai promosi yang menarik bersempena hari raya kali ini.

Memang tidak dinafikan, jenama baju melayu terkemuka seperti Bulan Bintang dan Elrah Exclusive kini menjadi tumpuan ramai dalam mendapatkan baju raya baharu. Jadi, nama-nama baharu di dalam pasaran mengalami kesukaran untuk bersaing dengan mereka.

Baca Juga:

Baru-baru ini, seorang pemilik jenama Qhiam meluahkan rasa sedih dengan mendakwa orang ramai hanya memilih jenama branded dalam pembelian baju melayu.

Menurut pemilik itu, dia merasakan telah gagal dalam bisnes baju melayu ini selepas hanya berjaya menjual beberapa belas ribu pasang dan masih memliki baki stok 30,000 lagi yang belum terjual.

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan telah melaraskan harga baju melayu mengikut harga semasa di pasaran. Dia juga telah menambah sejumlah hadiah seperti sampin dan butang baju melayu namun masih belum mampu menarik minat orang ramai untuk membelinya.

Susulan itu, dia seperti menyalahkan para pengguna pula kerana hanya memilih baju melayu dari jenama branded sahaja tanpa mengambil kira tentang kualiti.

@dakk.firman

30k item bukan benda yang sikit☺️ @Qhiam Clothing #fikirfikirkanmat #ashamat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚

♬ original sound – MAT PRODUCTION – MAT PRODUCTION

Walaupun video itu dibuat mungkin untuk bercerita tentang kegagalan menghabiskan stoknya dan merasa tidak adil, ternyata waraganet melihat ia sebagai satu dakwaan yang tidak berasas dek kerana hanya tidak membeli baju jenama itu.

Sumber Gambar: TikTok @dak.firman
Sumber Gambar: TikTok @dak.firman

Bahkan, netizen juga menasihatkan pemilik jenama itu untuk melabur wang di dalam marketing kerana orang ramai tidak mengetahui kewujudan jenama itu di dalam pasaran.