Tinggal sebulan lebih sahaja lagi umat Islam akan mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Pada masa ini jugalah orang ramai sudah mula sibuk mencari baju raya sebagai persiapan awal.

Bagaimanapun, isu harga menjadi keutamaan pelanggan. Ramai netizen menyatakan baju raya di Malaysia agak mahal dan berharga tidak masuk akal.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video TikTok @nashsushi, gadis itu sanggup terbang ke Indonesia untuk membeli baju raya bagi tahun ini kerana di sana lebih murah.

@nashsushi

because it’s so so much cheaper here than malaysia 💀 #jakarta #bajuraya2024 #shouldbeme #fyp #raya2024 #raya #fypシ #fypmalaysia #traveltiktok

♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Menerusi komen-komen yang dikongsikan pada video itu, orang ramai mengakui mereka sudah mula beralih membeli baju raya di negara jiran Indonesia.

Antara lokasi tumpuan mereka beli adalah Jakarta, Bandung dan Jawa Tengah. Ada yang terbang ke sana beli sendiri, sementara itu ada yang mendapatkan perkhidmatan daripada personal shopper.

Untuk pilihan lebih murah dan mudah, kebanyakkan netizen membeli baju raya menerusi platform Shopee.

Baju Raya Di Malaysia Mahal, Ramai Netizen Beralih Beli Dari Indonesia
Sumber Gambar: TikTok @nashsushi
Baju Raya Di Malaysia Mahal, Ramai Netizen Beralih Beli Dari Indonesia
Sumber Gambar: TikTok @nashsushi
Sumber Gambar: TikTok @nashsushi
Sumber Gambar: TikTok @nashsushi
Sumber Gambar: TikTok @nashsushi
Sumber Gambar: TikTok @nashsushi

Menurut warganet lagi, di Malaysia baju raya seperti kebaya dikatakan mahal, boleh mencecah ratusan ringgit. Manakala di Indonesia kebaya kosong boleh didapatkan serendah RM50 sahaja.

Mankala baju Viscose pula dikatakan berharga hanyalah RM150, ada juga dijual kurang RM100, itu pun tidak termasuk ‘harga tawar-menawar’ lagi.

Dalam pada itu, hasil carian baju raya di Shopee mendapati rata-rata baju raya dijual serendah kurang RM100 sahaja.

Selain Indonesia, didapati ada netizen mencari baju raya di Vietnam. Satu lagi negara yang kaya pelbagai tekstil dengan harga murah.

Antara baju raya perempuan merangkumi baju kurung, baju kebaya dan kebarung yang terbaik di Malaysia adalah Thea KL.

Anda boleh dapatkan baju raya perempuan pada harga serendah RM420 sahaja.