Baju melayu berwarna rona gelap seperti oren bata difahamkan menjadi buruan ramai pada tahun ini. Bukan sahaja di butik-butik jenama terkemuka, gudang dalam talian juga memperlihatkan permintaan yang tinggi terhadap warna tersebut.

Namun, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa apabila mendapati warna baju Melayu jenama hendak dibelinya didakwa telah naik harga berlipat kali ganda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Zulfadley Khalid, dia sangat terkejut mengetahui baju Melayu yang dijual peniaga di pusat beli-belah tampil berbeza dengan harga di HQ yang dibeli dua hari lalu.

Dia sebelum ini hanya membeli baju Melayu buat anaknya di HQ jenama pakaian terbabit kerana pada saat itu ketiadaan saiz bagi warna yang dikehendakinya.

“Baru dua hari lepas ke HQ beli baju ni untuk anak. Harga RM189. Saya cuma beli untuk anak sebab di HQ hanya tinggal saiz XXS.

“Saiz S habis stok. Jadi, saya pun beli satu sajalah. Saya punya beli kemudian. Mungkin nak beli dalam talian saja,” katanya.

Pada hari berikutnya, dia terjumpa satu booth yang menjual warna baju dengan saiz sedikit kecil. Setelah dicuba, dia memang berpuas hati lalu berminat untuk membuat pembelian.

baju raya
Sumber Gambar: FB Master Zulfadley Khalid

Ketika mahu membuat pembayaran, dia terkejut besar apabila peniaga terbabit menyatakan harga baju melayu hanya disebabkan warna berkenaan itu sedang trending.

“Bila nak bayar, staf tu cakap RM350. Terkejut aku. Aku terus tanya, ‘betul ke ni RM350?’ Aku cakap baru saja dua hari lepas aku beli RM189 di HQ.

“Dia cakap, ‘warna ni je bang yang RM350. Warna lain harga RM189 lagi’,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilik booth turut memaklumkan bahawa harga baju Melayu bagi warna tersebut juga dijual pada harga mencecah RM500 di dalam talian. Difahamkan ramai penjual yang main harga terutamanya untuk baju berwarna oren bata itu.

baju raya
Sumber Gambar: FB Master Zulfadley Khalid

Perkongsian lelaki itu telah meraih perhatian ramai, termasuklah pengasas jenama tersebut iaitu El Azman. El Azman meminta lelaki terbabit untuk berhubung dengannya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pada itu, dia bukanlah mahu memburukkan mana-mana pihak tetapi mahu meluahkan apa yang berlaku dan berharap peniaga tidak terlampau bermain harga dengan baju raya dek kerana warna tertentu menjadi buruan ramai.