Saat yang sukar buat jenama baju Melayu popular negara, Elrah apabila dilaporkan gudang mereka yang menyimpan stok Baju Melayu untuk dijual sempena dengan musim Hari Raya yang bakal tiba terbakar buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Difahamkan insiden kebakaran ini berlaku di gudang mereka yang terletak di Jalan Kepong, Batu 6 1/2 yang menyaksikan para bomba bertungkus-lumus memadam api yang menyala.

Baca Juga:

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan, terdapat beberapa individu yang menceroboh gudang mereka sebelum menyalakan api yang mencetuskan kebakaran. Malah, pihak pekerja Elrah juga pada awalnya turut mengesyaki kehadiran pelaku ini.

Situasi yang memberi tamparan hebat buat syarikat ini sekaligus membuatkan Elrah menerusi perkongsian Sass Syed selaku rakan kongsi kepada El Azman untuk menawarkan ganjaran RM100,000 kepada mana-mana individu yang menemui pelaku.

“Disini ada beribu harapan Agent untuk buat duit. Saya tidak boleh bagi mereka untuk menghancurkan harapan agent2 saya. Tolong bantu saya share dan jumpa perlaku yang berhasad dengki ini” ulas Sass Syed menerusi perkongsian di Instagram.

Untuk pengetahuan, setakat tahun ini, dua syarikat tekstil popular negara telah diuji dengan kebakaran gudang iaitu Elrah dan Jakel.