Reaksi seorang rakyat Malaysia berambut perang, Derrick Gan yang menitiskan air mata ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Korea Selatan di kejohanan Piala Asia 2023 menjadi bualan ramai.

Lebih menarik perhatian apabila kisah pengorbanannya menjual motosikal kesayangan untuk mencari dana ke Qatar bagi menyaksikan Malaysia bermain di Piala Asia turut didedahkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan pendedahan terbabit, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Alhafiz Najmi mengatakan akan memberikan ganjaran kepada Derrick iaitu sebuah motosikal jenis Honda RS150.

Akan tetapi, ganjaran tersebut bersyarat iaitu hanya akan diberikan kepada Derrick jika hantaran terbabit meraih 10,000 perkongsian daripada pengguna Facebook.

“Saya tak minta dana atau collect dari korang. Saya hanya minta sokongan atau setuju dari korang.

“Andai kata post saya ni capai 10k shares, saya berikan sebiji Honda RS150 pada abang Derrick Gan yang sanggup menjual Yamaha Lc135 5s miliknya. Tanda sokongan kita pada beliau.

“Derrick Gan tidak patut hanya diberi pujian. Beliau patut diberi penghargaan,” tulis Ahmad Alhafiz.

Difahamkan, motosikal itu adalah sumbangan bersama dengan Ahmad Motorworks dan Izan Pa’an.