Pemasaran menggunakan model merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan. Difahamkan pemasaran lebih berkesan sekiranya mengunakan model tempatan mengikut sesuatu lokaliti.

Baru-baru ini seorang gadis mat saleh berkongsi persoalan yang dihadapinya mengapa jenama produk Malaysia menggunakan model dari luar negara dan tidak menggunakan warga tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video perkongsian Sara Ryan di TikTok yang dimuat naik semula pengguna X.com @adliehassan telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menurut warganet, perkara itu terjadi dalam pelbagai industri tempatan seperti produk kosmetik, pakaian, kesihatan dan pelbagai lagi.

Warganet turut membandingkan pemasaran Malaysia dengan beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Di sana mereka lebih mengangkat warga tempatan berbanding luar negara.

Pun begitu, ada warganet berpendapat atas sebab tingkah laku kurang menyenangkan sesetengah model tempatan menyebabkan pengusaha perniagaan lebih memilih orang dari luar negara.

Netizen juga tidak menolak agensi dan pemilik perniagaan lebih memilih model luar negara kerana harganya lebih murah berbanding talent tempatan yang mula ‘demand‘ apabila sudah terkenal.

Bagaimanapun orang ramai mencadangkan kepada jenama-jenama Malaysia untuk lebih memilih warga tempatan dalam apa-apa marketing kerana orang-orang berasal dari negara ini mempunyai kecantikan dan keunikannya tersendiri. Pada masa sama majmuk dengan pelbagai latar belakang kaum.

Netizen berikan contoh sebuah perniagaan makanan western mengambil warga tempatan daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya untuk mempromosikan produk makanan mereka.