Pemasaran menggunakan model merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan. Difahamkan pemasaran lebih berkesan sekiranya mengunakan model tempatan mengikut sesuatu lokaliti.
Baru-baru ini seorang gadis mat saleh berkongsi persoalan yang dihadapinya mengapa jenama produk Malaysia menggunakan model dari luar negara dan tidak menggunakan warga tempatan.
Video perkongsian Sara Ryan di TikTok yang dimuat naik semula pengguna X.com @adliehassan telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Asian/Local Models ❌
White Models ✅Issue ni sebenarnya dah lama kat Malaysia. Setiap tahun musim raya mesti akan timbul. Especially brands yang jual baju kurung atau baju melayu. Cosmetics & skin care tidak terkecuali.
What better way to naikkan the local industry, saat-saat… pic.twitter.com/n1M11swwhM
— adlie (@adliehassan) November 16, 2023
Menurut warganet, perkara itu terjadi dalam pelbagai industri tempatan seperti produk kosmetik, pakaian, kesihatan dan pelbagai lagi.
Warganet turut membandingkan pemasaran Malaysia dengan beberapa negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Di sana mereka lebih mengangkat warga tempatan berbanding luar negara.
Dkt Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Korea and many more Asian countries, bnyk local model dkt ads dorg compared to international. Bersepah sini sana. Bangga dorg dgn local model dorang.
Why dont us? Tak bangga ke dgn our local skin, color, people. Kata sayang Malaysia🤷🏻♂️
— WhoamI? (@IamRaffffffff) November 16, 2023
Isu nya attitude kerja yg Asia tu. Ramai tak professional. Kalau dapat improve, mmg senang2 je tapau white model
— StratCommProBono (@StratcommPMX) November 17, 2023
White model rasa nya lagi murah drpd local model.
Atau lebih kurang je.
Local model baru viral sikit. Harga serupa panggil citi nurhalizat. 😏— K.e.t (@catsyaz) November 17, 2023
Pun begitu, ada warganet berpendapat atas sebab tingkah laku kurang menyenangkan sesetengah model tempatan menyebabkan pengusaha perniagaan lebih memilih orang dari luar negara.
Netizen juga tidak menolak agensi dan pemilik perniagaan lebih memilih model luar negara kerana harganya lebih murah berbanding talent tempatan yang mula ‘demand‘ apabila sudah terkenal.
Bagaimanapun orang ramai mencadangkan kepada jenama-jenama Malaysia untuk lebih memilih warga tempatan dalam apa-apa marketing kerana orang-orang berasal dari negara ini mempunyai kecantikan dan keunikannya tersendiri. Pada masa sama majmuk dengan pelbagai latar belakang kaum.
Netizen berikan contoh sebuah perniagaan makanan western mengambil warga tempatan daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya untuk mempromosikan produk makanan mereka.