Nama ‘Brandon’ menjadi bualan warganet ketika ini selepas tular rakaman video seorang penghantar makanan menerima sejumlah tip yang besar daripada lelaki warga negara asing itu.
Menerusi hantaran video TikTok @rafy_axl, beliau ke rumah lelaki tersebut untuk menghantar pesanan.
Baca Juga:
- Minta Hantar Ke Rumah Takut Hilang, Respon ‘Malas’ Daripada Rider Ini Buat Ramai Bengang

- ‘Nak Order Barang Kasi Berakal Sikit’ – Rider Terpaksa Angkat Barang 60 KG Naik Tangga Jadi Perbincangan

- Bakal ‘Repeat’ SPM, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Rider Baru Sedar Kepentingan Pelajaran

Ketika rider tersebut mahu menuju ke motosikal, lelaki yang dikenali sebagai ‘Brandon’ itu memintanya tunggu sebentar kerana dia mahu memberikan sesuatu.
@rafy_axl Rezeki tak salah alamat… Alhamdulillah tips paling besar pernah dapat sepanjang buat grabfood.. #grabfood #rezeki #hustle #kualalumpur #insta360
“Nah ambil ini, saya mahu pulang esok. Saya terlalu malas pergi menukar wang. Selamat malam,” kata Brandon kepada @rafy_axl.
Beliau berasa sangat terkejut kerana menerima tip sebanyak itu. Menurut TikTok @rafy_axl, itulah tip paling besar yang beliau pernah dapat sepanjang menjadi rider selama ini.
Walaupun video tersebut baru dimuat naik 12 jam lalu, ia telah mendapat 1.4 juta tontonan dan lebih 3,000 komen daripada warganet.
Rata-rata menyatakan @rafy_axl bertuah dan rezeki tidak salah alamat. Ada berpendapat beliau ada buat sesuatu perkara baik sebelum itu sehingga diberikan balasan baik yang begitu besar.
Dalam masa sama ada netizen bertanya kepada @rafy_axl di manakah rumah ‘Brandon’ kerana ingin mencuba nasib sekiranya jiran-jiran di sekitar kawasan itu juga boleh memberikan tip sebanyak itu.