Manchester City kini dikaitkan dengan perpindahan Luis Diaz dari Liverpool.

The Reds sangat suram dalam jendela perpindahan kali ini. Lebih teruk mereka telah ditolak oleh Zubimendi yang memutuskan untuk terus kekal di Real Sociedad.

Kini keadaan menjadi lebih gila, apabila pemain sayap bintang mereka, Luis Diaz pula dikaitkan dengan Manchester City.

Sejak menyertai Liverpool, Luis Diaz telah berkembang menjadi bakat elit di dalam bola sepak eropah. Dia juga berjaya membantu negaranya Colombia mara ke final Copa America 2024 yang lalu.

Dikenali dengan gaya permainan lincah dan pantas, Luis Diaz dianggap antara pembelian terbaik Jurgen Klopp sebelum dia meninggalkan kelab tersebut.

Dan kini, Manchester City dikatakan sedia membayar €70 juta untuk mendapatkan pemain tersebut dari Liverpool.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Marcos Benito dari El Chiringuito. Di mana dia menyatakan sudah ada kesepakatan di antara Manchester City dan juga Luis Diaz.

Malangnya, selepas itu, Fabrizio Romano dan Sam Lee mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak tepat.

Menurut Fabrizio Romano, tiada sebarang interaksi di antara Man City dan Luis Diaz, apatah lagi rundingan di antara kedua dua pihak.

Ini bermakna, peminat Liverpool boleh menarik nafas lega bahawa pemain tersebut akan terus kekal bersama mereka. Memandangkan kelab itu masih belum menandatangani mana mana pemain lagi pada jendela perpindahan kali ini.