Bermula dengan sekadar ura-ura serta perancangan yang kerap kali gagal, nampaknya tahun ini bakal menjadi saksi apabila dua pentinju legenda dunia, Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather bakal melangsungkan perlawan buat kali kedua selepas 9 tahun.

Perlawanan yang melibatkan pentinju 45 tahun dan 46 tahun ini dilaporkan bakal berlangsung di Saitama Super Arena di Jepun.

Lebih epik, perlawanan ini dijayakan selepas kedua-dua pentinju bersetuju untuk kembali daripada persaraan bagi melangsungkan perlawananbuat kali terakhir.

Sementara itu, tarikh rasmi dua pertinju ini bakal berentap masih lagi tidak diumumkan. Untuk pengetahuan, sehingga kini perlawanan Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather masih lagi muncul sebagai perlawanan tinju termahal dunia.

Sama-sama kita nantikan adakah Floyd ‘Money’ Mayweather mampu mendapatkan kemenangan kedua ke atas Manny Pacquiao atau Manny Pacquuai mampu mendapat pembalasan menerusi perlawanan kedua mereka ini.

Sumber