Manny Pacquiao ini ibarat Lee Chong Wei Filipina versi Boxing. Dari zaman permulaan beliau sehingga mendapat status lagenda sekarang, popularity Manny Pacquiao dalam sukan Boxing sejak sedekad lebih yang lalu boleh dianggap beliau seorang yang peninju boxing yang power.
Pacquiao ada kualiti yang membuatkan beliau mendapat sokongan yang berterusan dan diminati peminat sepanjang terbabit dalam 8 kategori boxing yang berbeza.
Kami kumpulkan 5 sebab atau 5 kualiti yang ada pada Manny Pacquiao yang menjadikannya pejuang sejati.
Kekuatan
“He’s got something in his hands where he just, pop, and you can wobble. He can hurt you.” – kata Shane Mosley terhadapa kekuatan tumbukan Pacquiao.
Walaupun bertubuh kecil jika dibandingkan dengan peninju Amerika, tumbukan Pacquiao sangat kuat. Ini terbukti apabila peninju veteran berpengalaman, natural welterweight dan tidak pernah jatuh dalam 54 perlawanan sebelum ini, Sugar Shane Mosley ditumbuk jatuh oleh Pacquiao pada pusingan keempat perlawanan mereka.
Dalam perlawanan antara Pacquiao dan David Diaz, Miguel Cotto, Chris Algieri dan Ricky Hatton juga menyaksikan beliau mampu memberikan tumbukan yang padu sehingga membuatkan mereka ini goyah dalam gelanggang.
Kelajuan
“He can’t handle your speed son!” – kata Freddie Roach to Pacquiao di penjuru gelanggang ketika perlawanannya menentang Oscar De La Hoya.
Salah satu perlawanan yang menjadi ingatan peminat sukan tinju ialah antara Manny Pacquiao dan De La Hoya. Walaupun kelajuan agak sinonim untuk kelas lighter weight, Pacquiao masih mampu menunjukkan level kelajuan yang sama sepanjang karier beliau dalam kelas heavier weight. Antara peninju yang mengakui kepantasan Pacquiao termasuklah Timothy Bradley, Marco Anotonio Barrera, dan Erik Morales.
Kemahiran Kaki Yang Tinggi
“He was masterful in side movements. He was sensational, like a modern day willie pep, it was brilliant.” – kata Mike Tyson ketika perlawanan Pacquiao menentang Rios.
Manny Pacquiao memang terkenal dengan aksinya membuat tumbukan dari pelbagai arah dengan kelajuan yang mengagumkan. Thanks to his amazing footwork, lawannya memang susah untuk jangka tumbukan Pacquiao datang dari arah mana.
Stamina
“Have you ever had a fly in front you and you can’t catch it and you’re like “please go away”? Manny Pacquiao was like that for every round.” – kata Oscar De La Hoya tentang perlawanannya dengan Manny Pacquiao pada 2008.
Manny Pacquiao tidak pernah penat atau kehabisan gas sewaktu berlawanan. Ini dapat disaksikan dengan jumlah tumbukan dan pergerakan yang beliau lakukan dalam sesuatu perlawanan. Dalam perlawanan menentang Joshua Clottey, Pacquiao memberikan 1231 tumbukan dan beliau lakukannnya dengan level of speed dan power yang sama sepanjang 12 pusingan!
Semangat Berlawan yang Tinggi
This is the brilliance of the Filipino Slugger!” – kata Jim Lampley selepas Pacquiao menumbuk jatuh Ricky Hatton buat kali kedua.
Kekuatan, kelajuan, kemahiran kaki yang bagus dan stamina yang tinggi sahaja tidak lengkap untuk menjadikan beliau bintang hari ini tanpa semangat berlawan yang tinggi. Sikap agresif, dan keinginan yang tinggi untuk menang pada setiap perlawanan menjadikan Pacquiao antara peninju yang menarik untuk ditonton.
Tidak dapat disangkal lagi Manny Pacquiao antara peninju terhebat dekad ini.