Orang terkaya di dunia, Elon Musk, mengumumkan bahawa dia ingin memberi sedekah sebanyak $100 juta atau sekitar RM400,000,000. Bagaimanapun, pemberian ini datang bersama-sama dengan syarat.

Pengumuman sumbangan itu disampaikan secara langsung oleh Musk melalui akaun Twitter minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif, Tesla dan SpaceX ingin berkongsi wang itu dengan mereka yang dapat mencipta teknologi yang mampu mengawal karbon dioksida.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

“Saya mahu menyumbangkan hadiah bernilai $100 juta untuk teknologi penangkapan karbon (dioksida) terbaik,” kata Musk, sambil menambah dalam ciapan lain bahawa maklumat terperinci akan disampaikan pada akhir minggu ini.

Walaupun pengumuman ini dianggap mengejutkan, namun bagi Bloomberg, ia masih dianggap kurang. Terdahulu, dia telah menyumbang lebih dariĀ  USD$ 257 juta kepada Yayasan Musk, tetapi itu hanya sekitar 0.1 peratus dari kekayaan bersihnya sekarang.

Sebelum ini, Musk mengagihkan USD$ 65 juta antara 2016 dan 2018 kepada kira-kira 200 organisasi nonprofit, menurut analisis Quartz.

Musk sendiri menyatakan bahawa alasan dia mengumpulkan kekayaannya adalah untuk melaksanakan projek yang dia gemari, seperti penerokaan ruang angkasa.

“Ia memerlukan banyak sumber untuk membina sebuah kota di Marikh,” katanya kepada penerbit Jerman, Axel Springer. “Saya mahu menyumbang sebanyak yang mungkin.”

Rancangan Musk untuk memberikan dana geran untuk teknologi mengawal karbon juga sesuai dengan kepentingan perniagaannya yang lain. Sebagai contohnya, Tesla yang banyak menumpukan pada teknologi hijau.

Elon Musk kini adalah manusia terkaya di dunia dengan nilai RM789.26 bilion. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Elon Musk Pintas Jeff Bezos Untuk Jadi Manusia Terkaya Di Dunia Dengan Nilai RM789.26 Bilion

Atasi Bill Gates, Elon Musk Kini Manusia Kedua Terkaya Dunia