Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah bilionaire di dunia yang memiliki kekayaan beratusan bilion yang mana menjadi pemain utama dalam pelbagai industri seperti teknologi dan peruncitan.

Terbaru, mengikut laporan Oxfam International, mereka menyasarkan yang mana dunia akan melihat manusia ‘trilionaire’ pertama dalam tempoh sekitar sedekad lagi.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Appleinsider

Ini bermaksud kita mungkin berpeluang melihat trilionaire pertama di dunia menjelang 2034 kelak.

Oxfam sering hadir dengan laporan yang memperlihatkan jurang kekayaan, serta masalah kemiskininan. Mereka turut menekankan yang mana lima manusia terkaya dunia telah meningkatkan kekayaan 114% sejak 2020 – sementara sebahagian besar dunia terjejas dengan ekonomi pasca-pandemik.

Pada masa yang sama, ia dilihat hampir 5 bilion manusia yang menjadi lebih miskin atau kehilangan simpanan sejak dari pandemik. Perkara ini bertambah teruk kepada sejumlah besar penduduk di negara membangun.

Malah, mereka turut menekankan yang mana terdapat kemungkinan manusia trilionaire pertama berkenaan mungkin sesiapa sahaja, dan mungkin juga seseorang yang tidak tersenarai dalam senarai manusia terkaya dunia pada hari ini.

Sama-sama kita nantikan siapa gerangan yang bakal menjadi manusia trilionaire pertama di dunia dalam masa 10 tahun akan datang.

Sumber