Sebelum ini, isu berkaitan pembayaran komisyen terhadap pekerja penghantaran syarikat J&T telah menjadi topik perbualan netizen. Akan tetapi, isu tersebut mula lenyap apabila ada pekerja syarikat tersebut buka mulut mendedahkan perkara sebenar.
Terbaharu, tular di media sosial sebuah video rakaman situasi di hub pengumpulan barang syarikat penghantaran, J&T Express telah membuka kembali isu pembayaran komisyen tersebut. Menerusi video tersebut, pekerja syarikat penghantaran tersebut kelihatan membaling parcel yang terdapat di hub sambil menjerit sebagai tanda mogok kepada pihak pengurusan.
nak mogok, mogok jelah barang customer jarang kacau barwa. cuba kalau barang korang beli courier buat camtu ape kau rasa? pic.twitter.com/oXRh9WtzDp
— P.U Jamal (@JamalThaRebel) February 6, 2021
Lantaran perkongsian video tersebut, rata-rata netizen tampil berkongsi keadaan parcel mereka yang kemek dan koyak dipercayai kerana dicampak seperti yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut.
Selain itu, ada dalam kalangan netizen yang turut melaporkan kehilangan barang kerana dipercayai dicuri oleh pekerja syarikat penghantaran berkenaan.
https://twitter.com/amradll/status/1358000623396872192
MuG rm35 (Pecah)buyer mintak refund-approved
.
.JNT Rm4.66 untung sampai abg jamil mam”
.
aku makan pasir🤣 https://t.co/a3zLUbXh9f pic.twitter.com/gN6CijDSgc— Bustamam (@keretasewaqayem) February 6, 2021
— P.U Jamal (@JamalThaRebel) February 6, 2021
Memahami motif disebalik tindakan yang dibuat, rata-rata dari netizen turut menzahirkan rasa simpati mengenai nasib yang menimpa pekerja syarikat penghantaran tersebut.
Namun begitu mereka juga berpendapat, para pekerja tidak sepatutnya melepaskan kemarahan kepada barangan dari pembeli, sebaliknya salurkan rasa tidak puas hati itu terus kepada pihak pengurusan.
https://twitter.com/ipanneko/status/1358082764998729728
https://twitter.com/imantroye/status/1358081059653521409
Para netizen juga tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pekerja dan meminta agar syarikat berkenaan menjaga kebajikan pekerja mereka dan memberikan bayaran yang sepatutnya. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai isu bayaran komisyen pekerja syarikat penghantaran berkenaan yang dikatakan telah dipotong. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian dari kami mengenai isu tersebut.
Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas
Orang Malaysia Terlebih Kerja, Mana Perginya Keseimbangan Kerja Dan Masa Sendiri?