Bek kiri Chelsea, Marc Cucurella tanpa berselindung mengakui beliau berusaha memujuk rakan sepasukannya di kem Sepanyol, Nico Williams supaya menyertai The Blues pada jendela perpindahan musim panas ini.

Peranan penting dimainkan Williams ketika beraksi bersama Athletic Bilbao telah menarik minat Enzo Maresca untuk membawa pemain sayap kiri itu ke Stamford Bridge.

Baca Juga:

Malah, pemain berusia 21 tahun itu turut cemerlang dalam kempen Euro 2024 apabila turun sebagai pemain kesebelasan utama pada tiga daripada empat aksi dilalui Sepanyol setakat ini.

Williams turut menjaringkan satu gol ketika membantu Sepanyol menundukkan Georgia pada perlawanan peringkat 16 tempoh hari.

Sehubungan dengan itu, Cucurella cuba memainkan peranan penting dalam usaha untuk mempengaruhi keputusan Williams berhubung masa depannya pasca Euro 2024.

“Dia adalah seorang pemain hebat, dia sedang menunjukkan seluruh potensinya. Ini adalah sumber kebanggaan bahawa dia berada dalam pasukan kita, dia adalah rakan sepasukan kami, dan dengan pemain seperti dia, segalanya lebih mudah.”

“Dia akan menjadi rekrut hebat [untuk Barcelona], tetapi semua bergantung kepada apa yang dia mahukan. Saya telah memberitahunya untuk menandatangani untuk Chelsea.”

“Pada akhirnya, segalanya bergantung kepada dia. Dia masih muda, dengan banyak pengalaman. Saya fikir dia akan menjadi pemain hebat,” ujar Cucurella menurut sumber laporan Goal.

Sebelum ini, Chelsea dikatakan tidak bermasalah untuk membayar klausa perpindahan Nico Williams yang ditetapkan Bilbao sebanyak £46.5 juta.

Sumber