Legenda Real Madrid, Marcelo yakin dengan kemampuan kelab tersebut untuk bangkit memadamkan kelebihan tiga gol dimiliki Arsenal pada aksi suku akhir kedua UEFA Champions League (UCL) 2024/25, Khamis nanti.
Pada aksi pertama tempoh hari, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu terpukau dengan dua jaringan sepakan percuma menarik dari Declan Rice dan tambahan satu gol lagi oleh Mikel Merino.
Baca Juga:
- Analisis Sistem Serangan Arsenal Dan Bola Mati Mereka Yang Menghancurkan Real Madrid
- Vinicius Jr: Boikot Ballon d’Or 2024, Itu Arahan Real Madrid
- Presiden LaLiga: Real Madrid Kelab Yang Suka ‘Menangis’
Keadaan yang menyaksikan tugas berat bakal menanti barisan pemain Real Madrid untuk menerima kunjungan skuad Arsenal nanti.
Namun Marcelo melihat ia bukanlah masalah terlalu besar buat Real Madrid kerana kemenangan sudah menjadi sebahagian daripada DNA pemain kelab tersebut.

Marcelo Yakin Dengan DNA Real Madrid
“Anda tidak boleh sesekali mengetepikan Real Madrid, walaupun tiga gol merupakan jumlah yang besar, saya sentiasa memikirkan tentang Real Madrid dan saya sangat percaya mereka akan bangkit.”
“Real Madrid tetap Real Madrid, mereka sentiasa akan kembali,” ujar Marcelo menurut sumber laporan ESPN.
“Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Bernabéu, penyokong pasti akan memberikan sokongan padu dan para pemain yakin perkara itu boleh berlaku.”
“Sudah tentu, kita tidak tahu apa yang akan terjadi, tetapi kami ada keyakinan dan Real Madrid akan bangkit.”

“Saya rasa sejak detik kami menyertai Real Madrid, kami telah diajar untuk tidak pernah berputus asa, dan itu sudah menjadi sebahagian daripada darah daging kami.”
“Ia sudah begitu sejak sekian lama, dan selain daripada DNA itu sendiri, ia juga tentang kerja keras, kerendahan hati, dedikasi setiap hari, serta sokongan para penyokong.”
“Semuanya memainkan peranan untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik,” tambah Marcelo lagi.