Pengurus Chelsea mengkritik pengadil yang terpengaruh dengan bunyi bising di Anfield punca pasukannya tewas.

Dalam aksi EPL yang menjadi perlawanan tumpuan semalam, Liverpool menang 2-1 ke atas Chelsea.

Dua gol The Reds adalah menerusi penalti oleh Mohamed Salah dan juga gol oleh Curtis Jones pada separuh masa kedua.

Chelsea sempat menyamakan kedudukan 1-1 sebelum itu, menerusi Nicolas Jackson yang terus meledak di hadapan gol.

Enzo Maresca menuduh pengadil berat sebelah dalam  beberapa insiden  dalam perlawanan.

“Saya nak katakan bahawa pengadil ditugaskan di sana untuk membuat keputusan [mutlak].

“Namun kadangkala, hanya kerana bunyi bising daripada penyokong [Liverpool]…. [pengadil terpengaruh].

“Tetapi secara keseluruhan pengadil bertugas dengan baik.”

Chelsea dinafikan permintaan penalti mereka ketika Jadon Sancho dikasari Trent Alexander Arnold.

Maresca Kritik Bunyi Bising Penyokong Liverpool Di Anfield

Enzo Maresca dan pemain pemain Chelsea juga membantah 2 penalti yang diberikan pengadil kepada Liverpool. Salah satu daripadanya ditarik semula selepas penelitian VAR.

Sementara itu pengurus Liverpool, Arne Slot pula berpendapat, pengadil memihak  Chelsea dalam beberapa insiden. Di mana pemain pemain Chelsea bertindak agresif.

Bek tengah Chelsea tidak dilayangkan kad merah walaupun menjadi pertahanan akhir dalam insiden dengan Diogo Jota.