Pengendali Leicester City, Enzo Maresca dikhabarkan bersetuju untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mauricio Pochettino di Chelsea.

Perkembangan terkini itu disahkan oleh media barat termasuklah wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Maresca menjadi pilihan pengurusan tertinggi Chelsea selepas melihatkan kejayaannya membawa kembali Leicester City ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Skuad kendaliannya muncul juara EFL Championship 2023/24 selepas mengumpul 97 mata hasil 31 kemenangan, empat keputusan seri dan 11 kekalahan.

Berkelebihan satu mata meninggalkan pencabar terdekat, Ipswich Town yang turut mengiringi The Foxes ke saingan EPL.

Menurut Fabrizio, pengurus berusia 44 tahun itu sudah menyatakan persetujuan untuk bersama Chelsea dengan sudah mencapai perbincangan akhir berkaitan kontrak sama ada dua tahun setengah dengan pilihan lanjutan setahun atau kontrak tiga tahun.

Rundingan kedua-dua belah pihak juga dikatakan sudah pun bermula Chelsea mahu memeterai perjanjian dalam minggu ini.

Enzo Maresca sebelum ini pernah berkhidmat sebagai salah seorang pembantu kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola pada Jun 2022.

Sebelum bersama skuad utama, beliau membimbing Manchester City menjuarai Premier League 2 pada musim 2020/21.

Maresca dianggap sebagai jurulatih yang menggemari permainan berasaskan penguasaan bola dengan rekod prestasi beliau terkenal dalam memberikan peluang kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka.

Lebih menarik bintang Chelsea pada ketika ini, Cole Palmer dan Romeo Lavia pernah dibimbing oleh pengurus kelahiran Itali itu.

Leicester City dikhabarkan akan meminta kira-kira £9 juta ($11.5 juta) pampasan daripada Chelsea sekiranya perpindahan Maresca ke Stamford Bridge menjadi kenyataan.