Enzo Maresca pertahankan taktikal baharu mereka dalam aksi menentang Flamengo awal pagi tadi waktu Malaysia.

Enzo Maresca ada alasan tersendiri ketika ditanya tentang kekalahan pasukannya di tangan Flamengo pada aksi kedua peringkat kumpulan Piala Dunia Kelab 2025.

flamengo

Maresca dan Chelsea pamer taktikal baharu

Menurut Maresca, dia sebenarnya sedang menguji taktikal baharu yang penting untuk masa depan pasukan Chelsea.

Selain itu Maresca juga menegaskan bahawa pasukannya berjaya menjadi pasukan lebih baik dalam beberapa bahagian perlawanan ini dengan taktikal baharu mereka terapkan.

Tetapi, Maresca juga akur bahawa Flamengo juga pasukan yang sangat bagus dan berhak menang.

“Ya kami akhirnya kalah setelah sekian lama [tak merasai kekalahan]. Sebab lawan kami hari ini pasukan yang sangat bagus.

“Untuk pertama kalinya, kami mencuba pendekatan berbeza. Ini demi masa depan, untuk musim yang akan datang.

“Dalam beberapa bahagian dalam perlawanan ini, kami agak bagus. Namun secara keseluruhannya, pasukan lawan berhak menang.

Cole Palmer

“Sebenarnya kami mencuba sistem permainan [taktikal baharu] buat pertama kali. Dan ianya menjadi satu pilihan untuk kami musim akan datang, dan kami mempersiapkan diri dengan cara berbeza untuk berdepan dengan perlawanan yang bakal kami hadapi.

“Kami bermula dengan sangat baik, dalam separuh masa pertama dan separuh masa kedua.”

 

Menurut Maresca, kesilapan pertahanan dan kad merah Nicolas Jackson adalah punca kekalahan mereka. Bukannya kerana sistem taktikal yang mereka terapkan.

“Kemudian kami melepaskan gol kepada lawan, dan sekali lagi bolos tak lama selepas itu. Seterusnya kad merah [Nicolas Jackson] menjadikan perlawanan ini lebih sukar,” tegas pengendali Chelsea itu.

Menurut Maresca, kad merah itu tepat dan tiada keraguan tentangya.

Nicolas Jackson terus dibayangi kritikan kerana masalah disiplin dalam taktikal pemain itu. Dia kini mencatatkan rekod yang tidak  diingini.

Selepas tamat perlawanan Nicolas Jackson meminta maaf di atas kesilapannya.