Kucing merupakan antara haiwan peliharaan pilihan ramai orang dan boleh dikatakan telatah haiwan manja ini kadangkala mencuit hati.

Terbaharu, Mark Adam telah berkongsi sebuah video di Instagram miliknya memaparkan dirinya membawa kucing kesayangannya iaitu ‘Rokieya’ ke sebuah restoran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video terbabit, ‘Rokieya’ dapat merasai pengalaman makan secara fine dining dan dapat dilihat ramai juga yang berada di restoran terbabit membawa kucing mereka.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan kewujudan restoran yang menawarkan servis seperti itu.

“Majikan makan, kita sebagai hamba tengok sahaja.

“Untunglah kucing pun dapat makan fine dining.” ujar netizen.

Susulan itu, ada juga netizen berasa cemburu kerana kucing pun dapat fine dining dan segelintir netizen turut mahu membawa kucing mereka merasai pengalaman seperti itu.