Eyka Farhana menafikan bahawa dia dan Akhyar Rashid sedang membuat persiapan perkahwinan mereka.

Ada peminat yang merasakan bahawa pasangan romantis itu sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga setelah bertahun lamanya bercinta.

Eyka Farhana dan juga Akhyar Rashid sangat terbuka dalam hubungan mereka. Namun begitu pasangan sensasi tersebut masih lagi tidak mahu membicangkan tentang perkahwinan.

Menurut Eyka, mereka belum lagi membuat sebarang perancangan untuk berkahwin buat masa ini.

Ini kerana kedua dua mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing masing menurut Eyka Farhana.

Bercakap kepada Harian Metro, Eyka Farhana berjanji bahawa dia sendiri akan memaklumkan kepada umum jika mereka sudah menetapkan tarikh dan hari perkahwinan itu nanti.

Namun buat masa ini perkara itu masih belum lagi ditetapkan. Eyka mengakui bahawa dia juga teringin untuk bergelar isteri. Cuma masanya masih belum tiba lagi.

Ini ditambah dengan komitmen yang besar di bahu Eyka Farhana ke atas keluarganya, membuatkan dia buat masa ini fokus dahulu kepada perkara itu berbanding hal perkahwinan.

Bercakap kepada sumber yang sama Eyka Farhana berkata: “Tipulah kalau saya katakan tidak teringin untuk bergelar isteri, tapi masanya belum tiba lagi.

“Sebenarnya ada banyak komitmen yang perlu saya selesaikan. Saya ada tanggungjawab besar untuk keluarga.

“Namun begitu, saya harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.”