Kediaman mewah milik pempengaruh media sosial, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman, dilaporkan masih tidak laku. Dan kini pihak bank menurunkan lagi harga kepada RM4.21 juta sahaja.
Sebelum ini rumah baglo mewah tersebut, dilelong dengan nilai harga RM4.68 juta – beberapa bulan yang lalu.
Malangnya, pihak bank masih belum mendapat sebarang bidaan daripada pembeli yang berminat.
Oleh sebab itu, harganya dikurangkan hampir setengah juta ringgit oleh pihak bank. Menjadikan nilai pasarannya kini merosot lagi, menurut Harian Metro.
Sebagai info tambahan, rumah tersebut terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, dan memiliki keluasan sekitar 11,093 kaki persegi, dengan dilengkapi, enam bilik dan enam bilik air – menurut sumber Oh Bulan.
Rumah tersebut ditinggalkan oleh Sajat, yang berhijrah ke Australia. Pada awalnya, Sajat berharap dia dapat menjual rumah itu dengan nilai RM9 juta. Kerana sebelum ini dia membeli rumah tersebut dengan nilai lebih RM7 juta.
Tetapi hasrat Sajat tidak kesampaian kerana nilai lelongan rumahnya terus merosot.
Sajat menerusi siaran TikToknya turut pernah berkongsi tentang berita lelongan rumahnya. Dan dia akui memang dia mahu melelong rumah tersebut kerana dia sudah tidak tinggal di rumah tersebut.
Kini nilai harga lelong rumah tersebut hanya RM4.21 juta, dengan tarikh lelongan seterusnya adalah pada 2 September hadapan.
Sajat merupakan pempengaruh yang popular. Dia juga merupakan seorang usahawan dan juga penyanyi.
Sajat aktif berkongsi tentang perkembangan hariannya dengan peminatnya menerusi platform media sosial seperti TikTok dan Instagram.
Sajat kini masih berada di Australia dan sudah memutuskan untuk terus menetap di negara tersebut.