Bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan, lebih-lebih lagi asnaf dan para pelajar, Masjid Shah Alam Seksyen 7 menyediakan makanan percuma menerusi vending machine.

“Kami menyediakan Vending Machine makanan percuma pertama di Malaysia — khas untuk asnaf & pelajar yang memerlukan.

“Lebih istimewa, ia lengkap dengan stesen pemanas (microwave) supaya penerima boleh terus menikmati makanan yang panas dan segar.

“Kecil usaha kami, besar harapan untuk membantu,” kata masjid itu.

Khas Untuk Asnaf & Pelajar, Masjid Di Shah Alam Ini Sediakan 'Vending Machine' Makanan Percuma
Sumber Gambar: Threads @masjidseksyen7

Menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat X pilihan makanan disediakan; Nasi Briyani Ayam, Nasi Bukhara Daging, Nasi Tumis Daging Hitam, Nasi bawang putih dengan Daging Lembu Bulgogi Korea dan Spaghetti Bolognese.

Makanan itu boleh diambil dengan mendapatkan pin nombor untuk diisi terlebih dahulu daripada pihak AJK masjid.