Pada minggu lalu, terdapat acara automotif yang diadakan di Dataran Merdeka yang menghimpunkan sejumlah pemilik motosikal sehingga lewat malam.
Namun, timbul keluhan penduduk setempat yang kurang senang dengan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh jentera dua roda it ketika tengah malam.
Di dalam video TikTok itu, dia membidas individu yang membuat bising dengan mengelilingi kawasan Dataran Merdeka yang dipercayai sambil rem dengan kuat sehingga mengganggu waktu tidur mereka.
“Maaf tak nak cakap tapi korang manusia paling bangsat keliling dataran ni ada rumah orang orang nak tidur bangsat,” tulisnya dengan kedengaran bunyi motor yang bingit di latarbelakang video.
Tambahnya, acara sebegini tidak patut diadakan di tengah bandar dengan harapan tarik pelancong luar dan dalam negara dalam masa pihak PDRM didakwa gagal menjalankan tugasan kerana situasi masih sama walaupun sudah dilaporkan isu pencemaran bunyi seperti ini.
Selain acara besar, dia mendedahkan rupanya mengalami perkara itu pada setiap hari dengan bunyi bingit yang dihasilkan oleh geng motor yang melalui kawasan itu.
@antirempitbangsat Event macam ni dah tak patut buat tengah bandar dengan pelancong luar dan dalam negara pdrm macam tak wujud nak report pon tak guna #pdrm #matrempit #adaotakpakailutut #eventchoi
Maka, geng-geng mat rempit langsung memenuhi ruangan komentar dengan respon yang loyar buruk susulan tidak berpuas hati dengan keluhan yang dilontarkan penduduk setempat.
Ada yang menyalahkan individu terbabit kerana membeli rumah di tengah bandar maka menjadi perkara biasa untuk menghadapi bunyi bising. Oleh itu, mereka menyarankan untuk berpindah ke kawasan pendalaman untuk dapat ketenangan.
“Beli rmh ceruk alam sikit bang. Perkara biasa je kalau rmh berdekatan jalan utama atau highway ni. Nak tido tu pakai laa ear plug,” tulis Suhail Mazlan.
“Bukan nak back up geng moto tapi awak yang duduk tgh bndr..dlm bandar kl mesti lh meriah sebb bndar utama fikir lh sendiri..nk duduk tmpt sunyi cari rumah tmpt perumahan bukan dlm bandar,” ujar Yie RSX.
Tidak kurang juga, sebahagian individu siap ajak bergaduh kerana enggan mengakui kesalahannya dan mahu menyelesaikan cara anak jantan kalau ikut logik mereka.
“kat komen ramai tak faham perbezaan MERIAH & BUAT SEMAK .. meriah untuk event / perayaan erti kata lain ianya positif .. buat semak adalah sesuatu yg negatif,” tegur QJstore.
Dalam pada itu, yang berpihak dengan pengadu turut bersimpati dengan nasib mereka apatah lagi ibu dengan anak kecil yang pasti terganggu waktu tidur atau rehat mereka.