Masalah mat rempit sehingga ke hari ini masih tiada titik noktahnya walaupun sudah banyak nyawa yang melayang.
Seperti tidak serik bahkan kelompok mat rempit kini dilihat semakin berani apabila sanggup menghalang pengguna jalan raya demi melakukan perlumbaan haram di laluan lebuh raya.
Menerusi sebuah video yang tular di platform X, seorang pemuda sedia menghentikan kenderaan di tengah-tengah laluan LPT secara mengejut yang dipercayai berlaku di sekitar Temerloh.
Kemudian, didapati dua pelumba haram itu sedang bersiap sedia memulakan acara haram itu tanpa mengendahkan keadaan keadaan trafik yang sibuk oads ketika itu.
Mat rempit semakin berani. Siap sekat jalan pengguna lain di laluan LPT untuk lumba haram. Buat macam jalan tu mak bapak dia punya 😅 pic.twitter.com/uIj791jNQE
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 20, 2025
Video tersebut langsung menjadi perhatian dan rata-ratanya netizen mengecam tindakan mat rempit yang bukan sahaja membahayakan keselamatan sendiri malah pemandu yang lain.


Bukan sekadar itu, mereka tidak memakai topi keledar dan lebih teruk lagi mengenakan baju hitam sekaligus sukar untuk dilihat dengan jelas akan kehadiran kumpulan tersebut dari jauh.
Dalam pada itu, ada yang berharap agar ada pemandu ‘gila’ untuk memberikan pengajaran buat kumpulan mat rempit ini.