Seorang TikToker Mat Saleh yang juga dikenali sebagai 100plus guy sudah menetap di Malaysia sejak tahun lalu dan kini membuka perniagaan iaitu sebuah kafe yang mesra kucing menerusinya.
Dalam melayani permintaan segenap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira latar belakang dan agama, dia mengambil inisiatif membuka kafe kucing yang menghidangkan juadah dan minuman berasaskan sayur-sayuran sahaja.
Apabila dilontarkan sama ada halal atau tidak, Greag Larcombe menegaskan sekali lagi yang dia masih belum mendapatkan sijil halal rasmi tetapi menggunakan bahan dari sumber yang halal dalam memberi keyakinan kepada pelanggan beragama Islam yang datang bertandang ke sana.
Untuk makluman, Kafe bernama Pawsitive yang berpengkalan di Kuching ini menyediakan pelbagai hidangan manis buatan sendiri dan paling utama sekali didedikasikan untuk membantu kucing jalanan tempatan.
Menariknya, hasil keuntungan 50% akan digunakan untuk kebajikan kucing di sekitarnya dan anda boleh beramah mesra dengan kucing jalanan yang diselamatkan di kafe berkenaan.
Walaupun niat murninya itu disambut baik oleh warga tempatan, reaksi berbeza pula yang diterima dari warga negaranya sendiri iaitu Britain yang mana malah mengecam di samping sedia ugut memboikot kafe terbabit susulan tidak menyediakan makanan bersama khinzir dan ada juga sebab minuman keras.
“Saya boikot kafe ini,” komen seorang netizen dari Britain.
“Aku berharap agar bisnes ko gulung tikar disebabkan tindakan sedemikian, ucap selamat tinggal kepada kafe tersebut kerana aku tidak mahu datang ke situ,” tegas seorang lagi.
“Saya ingin menikmati daging babi……anda mendiskriminasi pemakan daging babi,” tambah seorang lagi.
“Buang masa sahaja kalau makan di kafe itu,” ujar seorang netizen Britain lain.
Ramai menyatakan ini seolah-olah satu penindasan atau cubaan membawa budaya inklusif di dalam budaya Barat yang pada dasarnya makan atau minum segalnya tanpa sebarang batasan.
Tidak cukup sekadar itu, mereka juga mengelar lelaki itu sebagai ‘Woke’ kerena terlalu mengikuti fahaman Islam walhal tidak menyedari jika kalau Malaysia sememangnya meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
@greggetseverywhere Replying to @Chris not gonna lie, I’m not desperately concerned about people in the UK boycotting my cafe in Malaysia #respondingtocomments #malaysiatiktok #muslim #uktiktok #englishbreakfast
Walaupun terima kecaman yang cukup hebat dari warga negaranya, ia tidak mematahkan semangat lelaki itu untuk meneruskan perniagaan di bumi Kuching itu.
Malahan, warga tempatan langsung memberi kata-kata semangat dan berminat untuk datang ke kafe tersebut sebagai tanda sokongan atas usaha murni Greg Larcombe itu.
Hal ini secara tidak langsung mahu membuktikan kepada segelintir warga Britain bahawa sokongan warga tempatan sendiri sudah cukup memastikan perniagaan kafe itu berjalan lancar walaupun ketiadaan kunjungan dari warga luar.
Untuk ketahui lebih lanjut kemas kini atau perkembangan kafe si bulus ini bolehlah kunjungi laman media sosial mereka di Instagram.