Boleh dikatakan hampir setiap hari kita boleh melihat video baru berkenaan Malaysia daripada pelancong luar negara di YouTube. Video yang disajikan pula didapati berkongsi tajuk dan lokasi yang lebih kurang sama sahaja di antara satu sama lain.

Sampai satu tahap kita tertanya-tanya sama ada mereka memang meminati Malaysia atau mempunyai agenda tersendiri?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube Paddy Dole

Menurut seorang YouTuber British popular yang berpengkalan di Thailand, Paddy Doyle yang juga membuat kandungan pelancongan sejak bertahun-tahun lamanya di YouTube, sebab mengapa ramai YouTuber pelancongan mengunjungi Malaysia dan membuat kandungan yang hampir sama adalah disebabkan YouTube memberi ganjaran lumayan kepada mereka.

“Apabila travel vlogger pergi ke sana(Malaysia), video tersebut cenderung mempamerkan prestasi yang lebih baik kerana mereka berada di negara itu. Platform YouTube mempunyai demografi tertentu di mana memiliki jumlah tontonan YouTube yang lebih banyak berbanding dari negara lain,” kongsinya.

Beliau kemudian memberi contoh negara yang bakal memberi pulangan yang lumayan seperti Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Nepal, Indonesia, Pakistan dan Indonesia.

Sumber Gambar: YouTube Paddy Dole

Paddy kemudian menerangkan secara lanjut apabila YouTuber luar buat vlogger pelancongan di negara yang disenaraikan itu dan membuat video “letak tajuk yang sama seperti orang lain,  di samping tajuk dan thumbmail yang sama”, video mereka bakal diklik oleh penduduk tempatan di negara tersebut.

Tambah Paddy lagi, dengan melakukan sedemikian adalah bagus untuk jangka masa pendek. Ini kerana YouTuber pelancongan tersebut boleh memperoleh 30,000 subscriber dalam beberapa bulan, dan mungkin lebih lagi jika anda bernasib baik dan bekerja keras.

Bagaimanapun, beliau mendakwa ini bukan suatu praktis yang baik untuk jangka masa panjang buat YouTuber dalam kategori pelancongan kerana video anda hanya akan ditonton oleh warga lokal negara-negara yang disebutkan sahaja.

Jadi, mereka berkemungkinan kecil untuk menonton video anda lagi selepas sudah ke negara lain pula. Akibatnya, tindakan tersebut bakal menjejaskan algotrima anda pada masa kelak.

Untuk Malaysia pula, Paddy berkata rakyat Malaysia lebih gemar menonton warga asing mengunjungi lokasi-lokasi terkenal dan mencuba makanan di sini.

Jadi, itulah sebabnya YouTuber Inggeris itu berkata bahawa perancangannya untuk tahun lepas, beliau bercadang untuk pergi ke negara yang mahu dilawati secara peribadi. Bagaimanapun, jika boleh negara tersebut juga merupakan negara di mana YouTube memberi ganjaran kepada travel vlogger untuk melawat.

Paddy juga menegaskan bahawa jika beliau melawat negara-negara tersebut, beliau mahu memastikan video yang disajikan tampil berbeza dengan idea tersendiri dan tidak hanya membuat kandungan seperti orang lain yang mahukan ganjaran semata-mata.

Sumber