Pemain pertahanan negara, Matthew Davies mahu dua pemain iaitu Hector Hevel, Christian Abad dan Gabriel Palmero dianggap sebagai pemain Malaysia, bukan kacukan atau warisan.
Dipetik dari laporan Astro Arena, Davies berkata setiap pemain yang dipanggil bagi membarisi skuad kebangsaan adalah warga Malaysia.
Baca Juga:
- Ditanya Peluang Pemain Warisan Beraksi Menentang Nepal, Ini Jawapan Peter Cklamovski
- Peter Cklamovski Beri Perkembangan Mengenai Natxo Insa
- Peter Cklamovski Teruja Pemain Komited
Matthew Davies: Mereka Pemain Malaysia
“Kami tidak gemar untuk menggelarkan pemain kacukan atau pemain warisan atau pemain naturalisasi. Apabila mereka menyarung jersi Malaysia, mereka adalah pemain Malaysia.


Hevel, Abad dan Palmero menyertai kem latihan pusat yang diadakan di Padang Seri Gelam menjelang perlawanan menentang Nepal dan peminat ternanti-nanti bila tiga pemain ini akan mula beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Dalam masa yang sama, Peter menegaskan beliau tidak akan menggugurkan pemain dari skuad sedia ada dan mahu semua untuk terlibat dalam perlawanan menentang Nepal.
“Saya tidak akan hantar pulang pemain yang tidak berada dalam senarai 23 pemain,” tambahnya.