Dalam satu kejadian di Seberang Perai, kerana masakan tidak sedap seorang tukang masak warga Myanmar ditikam.
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran masakan Thailand di Lorong Bukit Juru – menurut laporan Malaysia Gazzete.
Berlaku pertengkaran antara pelanggan dan tukang masa wanita Myanmar itu pada awalnya. Keadaan menjadi semakin tegang dan tukang masak tersebut ditikam mengakibatkan dia cedera parah.
Mangsa yang berusia sekitar 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian, perkara itu disahkan oleh petugas kesihatan.

Suaminya yang turut berada di tempat kejadian – juga warga Myanmar – turut mengalami kecederaan di bahagian badannya kerana ditikam.
Suspek yang juga warganeggara Myanmar telah berada di restoran berkenaan. Dan kemudian mereka dalam keadaan mabuk, lalu merungut tentang masakan yang tidak sedap dihidangkan kepada mereka.
Mayat mangsa dihantar ke hospital Seberang Perai untuk bedah siasat.
Polis telah mengesan 3 orang suspek dan berjaya menahan mereka di lokasi yang berhampiran dengan tempat kejadian.
Polis mengesahkan kesemua suspek disiasat di mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.