Nampak bergaya rekaan konsep Mazda yang baru ini. Mazda baru saja memperkenalkan rekaan konsep kereta mereka dengan tema ‘racing’.
Konsep ini menggunakan platform MX-5 roadster, CX-3 crossover dan Mazda6 dengan dilengkapi aksesori perlumbaan seperti kit badan kereta aerodinamik, rim aloi, rekaan dalaman yang garang dan banyak lagi. Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan lagi, MX-5 dijangka akan didatangkan dengan sistem suspension boleh laras, sementara CX-3 dan Mazda 6 dilengkapi dengan tempat duduk sport dan rekaan luaran yang agresif.
Untuk lebih banyak konsep, lihat konsep MX-5 Speedster yang diumumkan pada November 2015 yang lalu.
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram