Kylian Mbappe sudah memfailkan aduan rasmi kepada UEFA dan FFF (FA Perancis) tentang tunggakan gaji dan bonusnya di PSG.

Beberapa bulan lalu Mbappe sudah membuat aduan yang serupa kepada LFP – Persatuan Pemain Profesional Perancis – berkenaan dengan tunggakan gaji dan bonusnya.

Di mana ketika itu Mbappe tidak menerima gaji dari bulan Februari sehingga April.

PSG memutuskan untuk tidak membayar gaji Mbappe di tengah tengah kemelut dan konflik antara Mbappe dan PSG.

Ini selepas Mbappe tidak mahu melanjutkan kontrak setahun lagi di PSG. Membuatkan kelab Paris itu terpaksa kehilangan pemain itu secara percuma.

Musim lalu, PSG sudah cuba menjual Mbappe ke kelab Arab Saudi yang menawarkan €150 juta untuk mendapatkan pemain itu. Namun bintang Perancis itu menolak cadangan tersebut.

Dia dan PSG kemudian bertelagah tentang perkara itu membuatkan Mbappe pada awal musim lalu dibekukan. Mbappe seterusnya berjumpa dengan Nasser Al Khelaifi.

Dan presiden PSG itu mengesahkan Mbappe boleh kembali bermain dan Khelaifi dengan yakin menyatakan bahawa Mbappe sudah setuju untuk tidak membiarkan PSG kehilangannya secara percuma.

Satu cara adalah dengan mengaktifkan klausa lanjutan setahun di PSG. Malangnya Mbappe tidak mahu melakukannya dan dia pergi secara percuma serta merta untuk musim 2024/25, dengan menyertai Real Madrid.

PSG kemudian tidak mahu membayar gaji dan bonus kesetiaan Mbappe. Malah pernah meminta Real Madrid yang sepatutnya membayar bonus kesetiaan tersebut kerana menurut PSG, Real Madrid dan Mbappe telah mempermainkan dan memanipulasi keadaan.

Pada Jun tunggakan gaji dan bonus Mbappe mencecah €80 juta. Namun kini laporan Le Monde dari Perancis menyebut bahawa tunggakan itu masih ada €55 juta lagi. Mbappe meminta kelab PSG segera membayarnya.

Lalu Mbappe menerusi ejennya telah menghantar surat aduan menerusi pasukan guamannya. Meminta wangnya dibayar segera oleh PSG. Ejennya memberikan amaran kepada PSG jika mereka berkeras tidak mahu membayar, mereka boleh dibatalkan lesen bola sepak profesional mereka dan berdepan dengan sekatan perpindahan pemain.