Walaupun model Nissan GT-R 35 bakal ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2022 nanti, Nissan masih terus mengeksperimen supercar-killer mereka dengan memperkenalkan model baru GT-R 35 Nismo 2022.
Model ini hadir dalam dua varian iaitu GT-R 35 Nismo dan GT-R 35 Nismo Special Edition. Kedua-dua model ditawarkan dengan warna eksklusif baru yang dikenali sebagai Nismo Stealth Gray.
Untuk varian Special Edition, supercar-killer ini dilengkapi dengan hood carbon fibre sepenuhnya, rim tayar Rays 20-inci yang mempunyai kemas berwarna merah sama seperti pada sekeliling badan kereta.



Untuk memeriahkan pelancaran model baru Nismo baru ini, Nissan telah berkerjasama dengan McDonald’s bagi mengeluarkan set mainan model kereta ini melalui ‘Tomica Happy Set’.
Model kereta Tomica ini hadir dalam dua warna iaitu emas dan warna eksklusif R35 Nismo 2022, ‘Nismo Stealth Gray’.



Lebih mengujakan lagi, McDonald’s Jepun turut mengadakan pertandingan kepada orang ramai dengan semudah follow dan retweet ciapan di Twitter McDonald’s.
2 buah keluarga (3 orang per keluarga) berpeluang untuk ‘test-drive’ kereta GT-R 35 Nismo baru ini dan seramai 20 orang layak membawa pulang kad GT-R McDonald’s bernilai 1,000 yen (RM37.90).
/#マクドナルドx日産自動車プレゼントキャンペーン
\#ハッピーセット に日産GT-R登場記念❗️
スペシャルなプレゼントをご用意しました🎁🚗応募は4/29(木)まで❗
①@McDonaldsJapan をフォロー
②この投稿をRT🔁
③A賞・B賞それぞれの応募フォームに必要事項を入力https://t.co/tZ2Yt2dVUb pic.twitter.com/eG9SDAYzrN— マクドナルド (@McDonaldsJapan) April 14, 2021
Ini berita baik buat kedua-dua peminat Nissan GT-R dan juga pengumpul mainan McDonald’s yang hanya berada di Jepun. Bukan saja dapat mengumpul model Tomica, bahkan berpeluang untuk test-drive kereta itu sendiri.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada ‘Tomica Happy Set’ ini akan memasuki cawangan McDonald’s Malaysia pada masa akan datang. Semoga tiada reseller yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung dari model mainan terhad ini.
Pada tahun lalu McDonald’s Jepun telah berikan mainan Tomica kereta Toyota GR Supra untuk setiap pembelian Happy Meal.
McDonald’s Japan Beri Mainan Tomica Toyota Supra GR Untuk Setiap Pembelian Happy Meal
‘Sold Out’ Di Serata Malaysia, Hello Kitty Carrier McDonald’s Ini Dijual Kembali Setinggi RM500