Mechamato merupakan salah satu animasi hasil buatan anak tempatan yang berjaya mendapat tempat di negara Jepun. Malah, siri animasi Mechamato juga berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij di negara matahari terbit itu.

Seorang pengguna X kini mendedahkan bahawa ibu bapa di Jepun menyenaraikan siri Mechamato sebagai pilihan teratas di dalam animasi yang selamat untuk ditonton oleh anak-anak mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @brgsjks

Berdasarkan beberapa tangkap layar yang dimuat naik, sebahagian ibu bapa berkongsi bahawa anak-anak mereka sedang menghayati siri animasi Mechamato dan teruja untuk menonton musim seterusnya.

Malah, mereka berpendapat animasi hasil buatan selain negara Jepun juga sudah sampai ke tahap yang lebih baik. Menariknya, anak mereka lebih selesa menonton siri animasi seperti Mechamato (Malaysia), Paw Patrol (Canada) dan Ninjago (US) berbanding siri kartun Jepun.

Ada pengguna maya yang mendakwa kartun keluaran Jepun rata-ratanya mempunyai unsur lucah atau negatif yang membuatkan ia tidak sesuai ditonton oleh kanak berusia bawah 13 tahun.

Ini menjadi satu batu loncatan buat pencapaian animasi negara kerana sudah mempunyai peminat di negara Jepun yang mana cukup sinonim dengan dominasi industri animasi di peringkat global.

Setakat ini, siri Mechamato boleh ditonton menerusi platform Netflix dan baru sahaja ditambah dengan sambungan musim ke-2. Lebih mengujakan, penerbit sendiri pun mengatakan Mechamato memang mempunyai permintaan tinggi di Jepun.

Sumber