Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Malaysia sekali lagi dilanda jerebu berikutan kesan pembakaran besar-besaran di negara seberang, Indonesia.
Malah, isu ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana hampir setiap tahun Malaysia terpaksa menerima ‘tempias’ pembakaran hutan yang besar di Indonesia.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Meskipun negara tersebut membuat pembakaran, Indonesia nafi jerebu yang hadir di Malaysia berpunca dari negara mereka.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila agensi berita Indonesia melaporkan banjir yang berlaku di Kalimantan Utara Indonesia merupakan ‘kiriman’ dari Malaysia.
“Selain disebabkan taburan hujan yang tinggi, banjir juga merupakan kiriman dari Malaysia” lapor berita Indonesia tersebut.
Menerusi laporan berita tersebut, bencana banjir yang berlaku di Daerah Nunukan, Kalimantan Utara telah menyebabkan ratusan rumah penduduk di 10 kawasan itu musnah.